Berita Auto

Mercedes-Benz CLA Facelift Dilancarkan – Harga dari RM236,888

Selepas melancarkan A-Class facelift pada bulan Mac lalu, Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan pula model CLA facelift. Coupe empat pintu itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu CLA 200 (RM236,888), CLA 250 Sport 4Matic (RM278,888) dan CLA 45 4Matic (RM408,888).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari aspek luaran, ketiga-tiga varian kini ditawarkan dengan kelengkapan AMG Line yang merangkumi apron hadapan dan belakang, panel sisi, gril radiator dengan corak berlian, serta ekzos dengan kemasan krom.

????????

Melengkapkan imej CLA yang baru adalah rim AMG 18 inci (atau 19 inci untuk CLA 250), cakera brek berlubang dan tulisan ‘Mercedes-Benz’ pada angkup brek hadapan.

????????

Bahagian dalaman juga dipertingkatkan lagi dengan kemasan upholsteri baharu, kemasan krom pada butang-butang dan tempat meletak barang di bahagian konsol tengah. Roda stereng ‘flat bottom’ serta tombol gear dengan jahitan merah.

????????

Selain itu, CLA juga menampilkan skrin sesentuh lapan inci yang lebih kemas dan langsing dengan pelindung kaca baharu. CLA 200 dan CLA 250 dilengkapi dengan sistem Audio 20 CD manakala CLA 45 pula mendapat sistem COMAND Online. Panel instrumennya turut menampilkan meter dan jarum merah baharu untuk bacaan yang lebih mudah.

????????

Antara ciri-ciri yang terdapat pada CLA termasuklah lampu LED berkuasa tinggi, Active Brake Assist (dulu dikenali sebagai Collision Prevention Assist Plus) dan juga butang Dynamic Select yang membolehkan enjin, kotak gear dan stereng ditala mengikut kehendak pemandu.

Mercedes-AMG CLA 45 4Matic

????????

Varian CLA paling berkuasa ini menampilkan beberapa ciri yang diberi penambahbaikan termasuk lampu LED, apron hadapan, serta diffuser belakang dengan empat sirip kecil. Ia juga dipasangkan dengan pakej AMG Aerodynamics yang merangkumi splitter hadapan yang lebih besar, spoiler pada penutup bonet dan juga spoiler ‘lip’ pada bampar belakang.

????????

Di dalam kabin, coupe berprestasi tinggi ini menampilkan upholsteri kulit dengan kemasan merah serta logo AMG pada bahagian tempat duduk.

????????

Seperti A 45, CLA 45 juga mempunyai 381 hp dan 475 Nm yang membolehkannya memecut dari o hingga 100 km/j dalam hanya 4.2 saat. Pada masa yang sama, penggunaan bahan api berada pada tahap 6.9 liter setiap 100 km.

????????

Selain dari enjin yang lebih berkuasa, ia juga menampilkan Dynamic Select dan kotak gear tujuh kelajuan AMG Speedshift dengan nisbah yang lebih pendek.

Previous post

Adakah Mungkin Ini BMW 3 Series 2018?

Next post

Siri GT Asia Kembali ke Shanghai Untuk Acara Terakhir Musim Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *