Mercedes-Benz E 250 Avantgarde Dan Exclusive Line Kini Dibuka Untuk Tempahan
Berikutan kejayaan pelancaran E-Class serba baharu, sedan yang paling pintar dalam segmen premium di Malaysia, Mercedes-Benz hari ini mengumumkan ketersediaan dua varian model baru, E 250 Avantgarde dan Exclusive Line.
E-Class baharu menorak langkah seterusnya dalam evolusi keselamatan, keselesaan dan prestasi serta reka bentuk dan kemewahan. Ia membuktikan kebanggaan warisannya dan membentangkan visi yakin dengan masa depan karya automotif mewah.
E 250 Avantgarde Line
Dikenal pasti dengan jeriji radiator sukan dengan bintang Mercedes yang besar sebagai fokus memberikan pandangan bahagian luarnya lebih dinamik dan sporty. Datang dengan roda aloi ringgan 5-spoke 19 inci.
E 250 Exclusive Line
Mewakili tafsiran mewah moden yang sememangnya kebiasaan Mercedes-Benz. Butiran halus, seperti bumper depan yang dinaik taraf khusus untuk rangkaian ini dengan unsur-unsur krom trim, membezakannya dengan reka bentuk dan peralatan yang lain.
Kedua-dua kenderaan dilengkapi dengan MULTIBEAM LED headlamps yang dipertingkatkan, membuka dimensi baru dalam teknologi lampu.
Rangkaian E-Class (CBU) semasa adalah seperti berikut:
Model | Saiz enjin / kw/hp | (OTR tanpa Insuran)Harga dgn GST |
E 200 Avantgarde Line | 1991cc / 135kW / 184hp | RM 395,888 |
E 250 Avantgarde Line | 1991cc / 155kW / 211hp | RM 420,888 |
E 250 Exclusive Line | 1991cc / 155kW / 211hp | RM 425,888 |
No Comment