Berita Auto

Mini Clubman John Cooper Works Miliki 350 Nm Tork

Mini telah memperkenalkan Clubman  John Cooper Works (JCW) baharu yang menawarkan lebih prestasi tanpa mengorbankan keselesaan dan praktikaliti sebagai kenderaan harian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Clubman JCW dikuasakan oleh enjin Mini TwinPower Turbo berkapasiti 2.0 liter empat silinder yang menghamburkan 231 hp dari 5,000-6,000 rpm dan 350 Nm tork dari 1,450-4,800 rpm – 39 hp dan 70 Nm lebih tinggi dari Clubman versi Cooper S.

mini-jcw-clubman-13-1

Sama ada dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan, Clubman JCW hanya memerlukan 6.3 saat untuk bergerak dari 0 hingga 100 km/j dan mampu untuk memecut sehingga 238 km/j. Ini dapat dicapai dengan bantuan daripada sistem pacuan empat roda ALL4 yang ditala untuk pemanduan cekap.

mini-jcw-clubman-02-1

Selain itu, Clubman JCW juga didatangkan standard dengan sistem suspensi dan ekzos sport, brek cakera Brembo, rim 18 inci, Dynamic Stability Control (DSC) dengan Dynamic Traction Control (DTC), Electronic Differential Lock Control (EDLC) dan Performance Control. Untuk pemanduan yang lebih mengujakan, pilihan rim 19 inci dan Dynamic Damper Control turut ditawarkan kepada pelanggan.

mini-jcw-clubman-04-1

Dari aspek reka bentuk pula, kehadiran Clubman JCW dipertingkatkan dengan pelbagai komponen khas seperti rekaan bampar dengan lubang udara lebih besar, tip ekzos berkembar, logo ‘John Cooper Works’ di bahagian depan, tepi dan belakang serta warna Rebel Green yang dipadankan dengan jalur merah.

mini-jcw-clubman-12-1

Di dalam, tempat duduk sport yang dibalut fabrik Dinamica, kemasan pintu, roda stereng kulit JCW dengan butang pelbagai fungsi dan paddle shifters (untuk model automatik), dan kemasan keluli tahan karat pada pedal dan tempat letak kaki.

 

Previous post

Bagaimana Ford Menukar Roadster Tanpa Bumbung dan Pintu Menjadi SUV Keluarga Moden

Next post

Mitsubishi Buka Pusat 3S di Jalan Chan Sow Lin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *