Open Road Projek Oleh Toyota Diteruskan
Toyota telah memulakan pusingan kedua Open Road Project, untuk menentukan potensi komersial i-Road, kenderaan bandar elektrik mereka yang beroda tiga.
Fasa seterusnya penyelidikan ini akan melibatkan perniagaan dan ahli-ahli masyarakat umum yang akan diberi kenderaan ini untuk diuji di jalan raya di Jepun, hingga ke akhir Mac tahun depan.
Mereka akan menggunakan i-Road ini dan pengalaman mereka sebagai “test pilots” akan membantu menilai bagaimana EV ini memenuhi keperluan pergerakan mereka. Toyota juga akan menguji bagaimana isu-isu berbeza yang berkaitan dengan penggunaan i-Road boleh diatasi dengan perancangan dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan kerjasama dengan syarikat-syarikat rakan kongsi, menggunakan pelbagai jenis teknologi.
Pusingan pertama berakhir baru-baru ini, dengan 96 test pilot dari 3,500 pemohon. Maklum balas mereka termasuk kualiti easy-to-park i-Road dan kebebasan perjalanan yang disediakannya untuk beberapa pengguna.
No Comment