Berita Auto

Peugeot 5008 Bertukar Menjadi SUV – Bakal Tampil di Paris Motor Show

Dahulunya sebuah MPV untuk keluarga, Peugeot 5008 kini tampil sebagai sebuah SUV yang sedia untuk bersaing di dalam segmen tersebut yang semakin popular.

Menurut Peugeot, 5008 akan menjadi SUV pertama jenama itu yang bersifat modular sama seperti kenderaan-kenderaan SUV hebat yang lain.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun hanya akan diumumkan secara rasmi pada Paris Motor Show pada akhir bulan ini, Peugeot telah memberikan beberapa petunjuk tentang ciri-ciri terkini yang akan ditampilkan bersama kenderaan baharu itu.

Menggunakan platform yang sama dengan 3008 yang diperkenalkan pada Jun lalu, 5008 direka 19 cm lebih panjang untuk memuatkan tempat duduk barisan ketiga. Ruang lutut untuk tempat duduk barisan kedua juga 60 mm lebih besar dari model sedia ada.

peugeot-5008-suv3

Dari segi reka bentuk, 5008 mempunyai elemen-elemen yang sama dengan 3008 seperti lampu nyalaan siang pada lampu hadapan dan efek ‘cakaran’ ala Wolverine pada lampu belakang.

Untuk ‘menyembunyikan’ bahagian belakangnya yang agak besar, bumbung 5008 diwarnakan hitam manakala bingkai tingkapnya dihias dengan kemasan krom. Rekaan bampar segar, rim aloi besar dan gril hadapan yang lebar melengkapkan imej bertenaga SUV tersebut.

peugeot-5008-suv4

Di bahagian dalam, 5008 menampilkan rekaan i-Cockpit yang terkini, juga sama seperti yang terdapat pada 3008. Ia merangkumi skrin sesentuh lapan inci serta paparan ‘head-up’ digital sebesar 12.3 inci.

Kesemua tempat duduk di belakang boleh dilipat secara berasingan, bermakna terdapat banyak konfigurasi tersedia untuk memaksimumkan kedua-dua ruang penumpang dan bagasi. Ruang bagasi boleh membesar sehingga 1,060 liter jika tempat duduk belakang dilipat manakala tempat duduk penumpang hadapan juga boleh diturunkan rata untuk memuatkan muatan yang panjang.

peugeot-5008-suv2

Seperti 308 dan 3008, model ini akan menampilkan rangkaian kuasa Euro 6.1 yang mempunyai tahap pelepasan serendah 117 g setiap km untuk enjin petrol dan 108 g setiap km untuk enjin diesel.

Pilihan enjin petrol untuk 5008 terdiri dari enjin 1.2 liter Puretech dengan 130 hp dan 1.6 liter dengan 165 hp, manakala model-model diesel pula mendapat enjin 1.6 liter BlueHDI dengan kuasa antara 100 hingga 120 hp dan enjin 2.0 liter dengan 180 hp yang disediakan khusus untuk model GT.

peugeot-5008-suv6

Terdapat banyak teknologi yang turut ditawarkan termasuk fungsi urutan untuk tempat duduk hadapan, sistem bunyi premium Focal, sunroof panaromik serta sistem navigasi 3D.

Untuk tahap keselamatan yang lebih tinggi, 5008 juga menmpilkan Advanced Grip Control, Automatic Emergency Braking System Distance Alert, Active Lane Keeping Assistance, Driver Attention Warning, Smart Beam Assistance, Adaptive Cruise Control, pengenalan papan tanda had laju, cadangan kelajuan, sistem titik buta, bantuan parkir dan sistem kamera 360 darjah.

peugeot-5008-suv5

5008 akan didatangkan dalam empat varian iaitu Active, Allure, GT Line dan GT. Dipasang di Rennes, Perancis, SUV tersebut akan dijual bermula lewat tahun hadapan.

Previous post

BMW Recall 110,000 Kereta Di Jepun Kerana Kerosakkan Beg Udara

Next post

Karma Automotive Umum Kenderaan Mewah Revero 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *