Berita Auto

Porsche Macan Turbo Lebih Berkuasa Dengan Performance Package

Yang berkuasa, jadi lebih berkuasa. Kami bercakap tentang Porsche Macan Turbo, yang kini boleh dimiliki dengan Performance Package untuk prestasi yang lebih memberangsangkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan pakej tersebut, enjin 3.5 liter V6 twin-turbo milik Macan Turbo kini menghamburkan 440 hp dan 600 Nm, iaitu 40 hp dan 50 Nm lebih tinggi dari jumlah asal. Ini membolehkan masa pecutan o hingga 100 km/j turun dari 4.8 ke 4.4 saat, manakala kelajuan maksimum meningkat dari 266 ke 272 km/j.

Porsche Macan Turbo

Bukan itu sahaja, pakej itu juga merangkumi sistem brek baharu, badan yang direndahkan, casis sport, pakej Sport Chrono, dan sistem ekzos sport. Gandar hadapan dipasangkan dengan brek cakera beralur bersaiz 390 mm (30 mm lebih besar dari biasa) yang ditemani angkup enam piston berwarna merah.

Porsche Macan Turbo

Sementara itu, Porsche Active Suspension Management (PASM) yang berupaya menurunkan ketinggian sebanyak 15 mm boleh diaktifkan dengan menekan butang sahaja. Suspensi angin dengan fungsi pelarasan ketinggian dan self-leveling juga ada ditawarkan.

Porsche Macan Turbo

Untuk imej yang lebih menyeluruh, Porsche juga menyediakan Turbo Exterior Package yang merangkumi rim 21 inci seperti 911 Turbo, lampu LED dengan Porsche Dynamic Light System, dan kemasan berwarna hitam. Turbo Interior Package pula mengenengahkan upholsteri kulit berwarna hitam mewah serta kemasan Alcantara.

Previous post

Kia Rio 2017, Bersedia Selepas The Games

Next post

Lexus Ganti RC F dengan LC 500 untuk Super GT 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *