Berita Auto

Program Kustom Startech Refinement Dilancarkan di Malaysia

Naza-Brabus hari ini mengumumkan ketibaan program kustom Startech Refinement di Malaysia. Kehadiran pertama jenama itu ditandakan dengan pelancaran Range Rover Evoque Startech yang dilengkapi dengan pelbagai aksesori bernilai RM56,591.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar jenama ini. Startech ialah sebuah anak syarikat Brabus Group yang memfokuskan kepada kenderaan mewah buatan British iaitu Range Rover, Land Rover, Jaguar dan Bentley.

MAN_1968

Evoque Startech ini didatangkan dengan rekaan bampar depan dan belakang yang agresif. Direka khas di dalam terowong angin, bampar tersebut menampilkan lubang udara serta spoiler hadapan yang seakan terapung. Bahagian belakangnya pula menampilkan paip ekzos Startech, diffuser serta spoiler.

Range Rover Evoque STARTECH - 9

Oleh kerana ia lebih untuk kegunaan di atas jalan, Evoque Startech dipakaikan rim 3-piece Monostar R bersaiz 9Jx21 yang dibuat menggunakan proses penempaan. Rim dengan corak bintang itu dibalut dengan tayar bersaiz 265/40. Rim bersaiz 9Jx20 dan 9Jx22 turut ditawarkan.

MAN_1976

SUV ini turut direndahkan sebanyak 35 mm untuk pusat graviti yang lebih rendah, sekaligus memberikan pengendalian yang baik. Suspensinya ditentukur khas untuk kegunaan dengan tayar berprofil rendah dan spring asal.

Range Rover Evoque STARTECH - 7

Menurut Naza-Brabus, kit prestasi untuk enjin petrol 2.0 liter SI4 yang menghasilkan 240 PS sudah berada peringkat terakhir pembangunannya. Kit talaan peringkat seterusnya akan ditawarkan pada masa hadapan.

Range Rover Evoque STARTECH - 5

Selain itu, fokus turut diberikan kepada bahagian dalaman kenderaan. Pelanggan bebas memilih apa sahaja gaya dan rekaan yang dikehendaki, dengan menggunakan kemasan seperti kulit dan Alcantara. Ia dipadankan sama ada dengan kemasan kayu atau gentian karbon.

Previous post

Naza N5R Tiba di Malaysia - RM13,888

Next post

Honda Malaysia Perkenal City X dan Jazz X

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *