Berita Auto

PROTON Lancar Model Saga Generasi Ketiga

PROTON Holdings Bhd (‘PROTON’ atau ‘Syarikat’) secara rasmi melancarkan Proton Saga 1.3L generasi ketiga hari ini di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Back-view

Mula diperkenalkan pada 1985, Proton Saga berpegang teguh pada DNA-nya sebagai kereta rakyat bentuk sedan yang paling mampu dimiliki rakyat negara ini. Sejak beberapa tahun, model ini telah berkembang dari segi rekabentuk ringkas dan bersegi kepada rekabentuk baharu yang lebih moden dan bersifat kontemporari.

Centre-Console-Switch

“Sejak pengenalan model pertama Saga 30 tahun lalu, kami telah mengharungi satu perjalanan jauh dalam sejarah pembuatan model ini. Pelbagai penambahbaikan, peningkatan dan penyempurnaan telah dilakukan dan kami percaya Saga baharu ini bakal menjadi daya tarikan, terutama buat mereka yang mahu membeli kereta baharu atau sebagai kereta kedua.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kami telah menghasilkan rekabentuk yang bergaya, praktikal, berciri keselamatan, mudah dan selesa bagi sebuah kereta sedan mampu milik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON, Dato‟ Ahmad Fuaad Kenali.

Multi-Info-Display---Overall

Saga baharu ini didatangkan dalam 3 varian – Standard (MT & CVT), Executive dan Premium dengan harga bermula daripada RM36,800 hingga RM45,800 di Semenanjung Malaysia.

Power-Window-Button

Semua varian Saga baharu ini dilengkapi enjin VVT 1.3L, menggantikan enjin IAFM yang digunakan generasi terdahulu. Penggunaan teknologi VVT memberikan peningkatan prestasi yang ketara dari segi pecutan dan penggunaan bahan api. Enjin VVT baharu ini menawarkan penjimatan bahan api serendah 12 hingga 14 peratus dengan mencatatkan penggunaan petrol 5.4L/100km berbanding 6.0L/100km sebelum ini pada varian MT, dan 5.6L/100km berbanding 6.3L/100km sebelum ini pada varian CVT, apabila dipandu pada kelajuan 90km/j. Saga baharu ini juga dilengkapi ciri Bantuan Pemanduan Eco untuk membantu pemandu mengekalkan gaya pemanduan menjimatkan.

Reverse Mirror Camera

Dari segi prestasi dinamik, enjin baharu ini mampu mencapai kelajuan lebih baik bagi pecutan 0 – 100km/j untuk varian MT, iaitu 12.2 saat (0.8 saat lebih pantas), manakala 13.1 saat (1.4 saat lebih pantas) bagi varian CVT.

Reverse-Sensor

Pemilik Saga baharu turut berpeluang merasai suasana kabin lebih senyap kerana perubahan dilakukan pada 3-poin mounting enjin yang memberi kesan kepada pengurangan bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH).

Top-Tether

Saga baharu ini juga lebih panjang dan lebar, iaitu 4331mm atau 74mm lebih panjang, dan 1689mm atau 9mm lebih lebar, sekali gus menjadikan ruang kabin lebih selesa dengan tempat duduk belakang lebih luas. Ini memberikan keselesaan kabin lebih baik berbanding model terdahulu. Model ini turut direka dengan ruang bagasi lebih besar daripada 413L sebelum ini kepada 420L yang mampu memuatkan dua bagasi bersaiz sederhana dan dua bagasi bersaiz kecil.

USB-AUX-Jack

Sebagai sebuah kereta permulaan, Saga baharu juga menawarkan pelbagai penambahbaikan lain untuk keselesaan dan kesenangan pelanggan. Ia dilengkapi 2 pengecaj USB di belakang, radio/CD/MP3, Bluetooth, 10 ruang simpanan, 2 pemegang cawan, 4 pemegang botol, pelaras ketinggian tempat duduk pemandu, pelaras stereng dan tempat duduk belakang boleh lipat untuk semua varian. Dalam penggayaan pula, Saga baharu ini dilengkapi 2 lampu kombi belakang dan lampu kabus belakang, manakala varian Executive dan Premium dilengkapi ciri-ciri lebih bergaya seperti spoiler dan rim aloi.

Full-Front

Selaras penekanan PROTON mengenai keselamatan, Saga baharu telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang melayakkan semua varian mendapat penarafan keselamatan 4-bintang ASEAN NCAP berbanding 3-bintang sebelumnya. Semua varian dilengkapi 2 beg udara di hadapan, ISOFIX dan tambatan atas (top tether) serta sensor keliling. Bersama struktur badan lebih kukuh, Saga baharu ini mencatatkan peningkatan penarafan Perlindungan Penumpang Dewasa (Adult Occupant Protection, AOP) dan Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (Child Occupant Protection, COP). Sementara itu, varian Premium dan Executive menawarkan ciri-ciri keselamatan menyeluruh seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), dan Bantuan Brek (BA), manakala Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Traksi (TC), Bantuan Daki Cerun (HHA) dan kamera belakang boleh didapati dalam varian Premium.

Full-Side-High

“Walaupun sebuah sedan tahap permulaan, Saga baharu mampu memenuhi keperluan rakyat Malaysia masa kini. Bersama kawalan dan pengendalian Proton yang tersendiri, ditambah pula keselesaan kabin yang dipertingkat, ia menjadi bukti bahawa model mampu milik ini tidak berkompromi dalam memberikan keseronokan pemanduan. Seperti model kami yang lain, jangan hanya mengambil kata-kata positif kami. Cuba sendiri memandu uji Saga baharu dan rasai perubahan yang telah dilakukan,” tambah Dato‟ Fuaad.

View PostFront-High-Quarter

Sehingga kini, lebih 2 juta Saga terjual seluruh dunia dan pelbagai anugerah dimenangi sepanjang tahun di Malaysia dan Great Britain. PROTON yakin bahawa Saga baharu ini akan terus membawa kejayaan seperti model terdahulu demi menyediakan kereta mampu milik buat pelanggan kami.

Tempahan dan pandu uji Saga baharu kini dibuka di semua cawangan Proton Edar seluruh negara. Alamilah perubahan Proton Saga baharu – sedan mampu milik dengan nilai terbaik untuk wang. Kunjungi bilik pameran kami untuk sesi pandu uji.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800-888-398 atau e-mel saja kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.newsaga.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Lebih mudah lagi, pelanggan boleh terus memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton melalui Google Play dan Appstore.

Proton-Saga BLACKProton-Saga BLUE Proton-Saga GREY Proton-Saga RED Proton-Saga SILVER Proton-Saga WHITE

 

 

 

Screen Shot 2016-09-29 at 7.27.16 PM

Screen Shot 2016-09-29 at 7.27.35 PM

Screen Shot 2016-09-29 at 7.27.43 PM

 

Previous post

30 Rolls-Royce Phantom Tempahan Khas Menuju Ke Hotel The 13 di Macau

Next post

BHPetrol Lancar Infiniti Diesel Euro 5 dan Euro 2M Dengan Aditif Terbaru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *