Rupa Land Rover Discovery Baharu Didedahkan
Land Rover telah menyiarkan muka hadapan Discovery baharu yang akan membuat penampilan sulung pada akhir bulan ini di pertunjukkan Paris Motor Show 2016.
Butiran lanjut tentang SUV generasi baharu itu tidak diberikan namun berdasarkan laporan, nama ‘Discovery’ akan digunakan untuk kesemua pasaran termasuk Amerika Syarikat, di mana nama ‘LR4’ digunakan sebelum ini.
Seperti Range Rover Sport, Discovery baharu juga menampilkan kerangka aluminium yang pasti akan membantu mengurangkan berat. Berat model semasa Discovery adalah sekitar 2,622 kg.
Selain itu, SUV itu turut dijangka didatangkan dengan barisan enjin Ingenium baharu dan ini termasuk enjin petrol dan diesel dengan empat dan enam silinder.
No Comment