Berita Auto

Subaru Russ Swift Stunt Show Kembali Untuk Tahun Ketiga

Motor Image Malaysia, pengedar sah kenderaan Subaru di negara ini, sekali lagi mempersembahkan ‘Subaru Russ Swift Stunt Show’ yang akan menampilkan aksi berani mati dari pemandu yang paling tepat di dunia, Paul Russel Swift.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam bidang motorsport, terutamanya pemanduan stunt, Swift pernah memenangi beberapa gelaran Guinnes World Records. Pada 2004, beliau melakukan 10 pusingan lengkap (atau ‘donut’ bak kata orang putih) dalam 16.07 saat – iaitu hanya 1.6 saat untuk satu pusingan!

Selain itu, Swift juga pernah menjuarai British Autotest sebanyak dua kali dan menjadi ketua pasukan England dalam kejohanan itu pada 1982 dan 1983.

Subaru Russ Swift 02

Acara akan bermula dari 17 – 18 September 2016 (10.00 pagi hingga 6.00 petang) di kawasan parkir Setia City Convention Centre. Pertunjukan Russ Swift akan diadakan pada pukul 1.00 petang, 3.00 petang dan 5.00 petang pada kedua-dua hari. Setiap pertunjukkan akan diikuti dengan sesi autograf bersama pemandu itu.

Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba sendiri teknologi All-Wheel-Drive (AWD) Subaru melalui beberapa halangan yang disediakan seperti Cross-Roller, Slip-Roller, Roller-Conveyor dan juga Side Ramp.

Subaru Russ Swift Stunt Show turut akan diadakan di Juru Auto City di Pulau Pinang pada 24 dan 25 September 2016.

Previous post

Alexa Membawa BMW Ke Dalam Bilik Tamu Rumah Di UK Dan Jerman

Next post

Ford, HARMAN Bakal Merevolusikan Pengalaman Audio Di Dalam Kenderaan Menerusi Sistem Bunyi B&O PLAY

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *