Gaya Hidup / Lifestyle

Teringin menambah ‘BLING’ Kepada Honda HRV Anda. Yang Ni Amacam?

Honda HR-V juga dikenali sebagai Honda Vezel di beberapa negara seperti India, Sri Lanka dan Amerika Utara. Bagi pemilik HR-V Malaysia yang ingin memberikan crossover mereka pandangan yang unik, ini satu kemungkinan.

hondavezelmugen_1

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-English_650x85_20160610

Honda HR-V diperkemaskan Mugen ini mendapat kit badan penuh yang terdiri daripada bumper yang lagi garang di kedua-dua hujung, skirt sisi, jeriji bespoke dan spoiler bumbung. Tujuh motif roda aloi berbeza termasuk unit 18-inci dengan kemasan reka bentuk sarang lebah, rupa luaran sporty.

hondavezelmugen_4

Kokpit boleh dipasang dengan trim carbon fiber tiruan pada kepala gear dan cermin pandang belakang, pedal aluminium, kerusi baldi  dihadapan dan tolok analog tambahan yang memberikan maklumat penting tentang kereta seperti tekanan dan suhu minyak enjin .

Mugen tidak membuat apa-apa pengubahsuaian kepada enjin tetapi ia menawarkan pelbagai  aksesori bolt-on seperti ekzos sport yang direka untuk memerah setiap titisan akhir kuasa dari Vezel four-banger. Suspensi yang diturunkan dan ditegangkan dan pad brek yang dinaik taraf mengisi senarai kemas kini.

hondavezelmugen_3

Previous post

Tidak Semua Enjin Dicipta Sama. Cuba Enjin Diesel Hari Ini.

Next post

Toyota Bina Bangunan Sifar Pelepasan Menggunakan Teknologi Sel Bahan Api Hidrogen

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *