Motosikal / Skuter / Roda

The Distinguished Gentleman’s Ride 2016 ke Pulau Pinang Hujung Minggu Ini

Pada 25 September ini, jalan-jalan di serata dunia akan digegarkan oleh deruman dari enjin motosikal klasik bersempena dengan acara “The Distinguished Gentleman’s Ride” (TDGR) yang bertujuan mengutip dana dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan lelaki, khususnya kanser prostat dan pencegahan bunuh diri.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

TDGR diasaskan pada 2012 oleh Mark Hawwa di Sydney, Australia, selepas beliau mendapat ilham dari poster Don Draper dari siri Mad Men yang menunggang sebuah motosikal klasik sambil memakai sut. Konvoi pertama menyaksikan penyertaan lebih dari 2,500 penunggang dari 64 buah bandar di seluruh dunia.

DGR2015_London_Mihail_Jershov_1

Pada tahun 2013, lebih 11,000 peserta di 145 bandaraya di seluruh dunia mengumpulkan lebih $277,000 untuk penyelidikan kanser prostat. Jumlah ini meningkat ke lebih 20,000 peserta kutipan lebih $1.5 juta pada tahun 2014 dan 37,000 peserta dengan $2.3 juta pada tahun 2015.

Tahun ini, lebih 50,000 penunggang akan menyertai TDGR yang akan diadakan di 500 bandar di 90 negara. Matlamat tahun ini adalah untuk mengumpul dana sebanyak $5 juta untuk dilaburkan dalam program penyelidikan kanser prostat peringkat tempatan dan global, dan pencegahan bunuh diri tempatan dengan kerjasama dari Movember Foundation.

DGR2015_Turin_Andrea_Cherchi

Di Malaysia, TDGR akan diadakan di Penang dengan usahasama dari Riders Garage dan Rotten Motorcycles serta sokongan dari Art of Speed Malaysia. Konvoi tersebut akan melalui Bandar Warisan UNESCO di Georgetown dan akan berhenti di Gurney Paragon.

 

 

 

Previous post

Estate + SUV = Mercedes-Benz E-Class All-Terrain

Next post

Mazda Mega Sales Roadshow di 1Utama dari 28 September

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *