Berita Auto

Volkswagen Jetta Baharu Dibuka Untuk Tempahan – Harga Anggaran RM110K-RM130K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah membuka tempahan untuk Volkswagen Jetta baharu.

Jetta baharu akan ditawarkan dalam tiga varian – Trendline, Comfortline and Highline. Ia dikuasakan oleh enjin 1.4L TSI baharu dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan. Enjin itu mampu menjana kuasa yang mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm.

Diiktiraf secara rasmi sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Jetta baharu mempunyai kuasa dan penjimatan bahan api luar biasa, sebahagiannya disebabkan oleh fungsi start/stop dan brek janaan semula yang ada padanya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ciri-ciri keselamatan utama Jetta baharu termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Hill-hold Control.

Jetta baharu dianggarkan berharga di antara RM110,000 hingga RM130,000. Ia didatangkan dalam empat warna – putih (Candy White), kelabu (Platinum Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black).

Jadilah individu pertama yang menempah untuk memandu uji Jetta baharu dengan melayari laman web www.volkswagen.com.my. Tempahan boleh dibuat mulai hari ini atau ketika Minggu Pra-Tempahan Jetta pada 24 dan 25 September di pengedar-pengedar sah Volkswagen seluruh negara (waktu operasi dilanjutkan).

Previous post

Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia Lancar Litar Pemanduan Premium yang Pertama di Malaysia.

Next post

Kereta-Kereta Jaguar E-Type Lightweight Missing 6

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *