Berita Auto

Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia Lancar Litar Pemanduan Premium yang Pertama di Malaysia.

Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia secara rasminya membuka Litar Pemanduan Premium Wheelcorp (Wheelcorp Premium Driving Circuit) pada hari ini. Ia merupakan litar pemanduan premium yang pertama dimiliki sepenuhnya oleh sebuah pengedar kenderaan di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketika memperkenalkan liter tersebut, Ketua Pengedar dan Pengarah Eksekutif Wheelcorp Premium, Jayden Liew berkata, “Sejak beberapa tahun lalu, Wheelcorp Premium giat memperkuatkan pasukan dan tenaga kerjanya untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat di kawasan Setia Alam dan Klang. Kini, dengan kemudahan yang membolehkan pelanggan menikmati pengalaman dinamik dan sofistikasi jenama BMW dan MINI, kami lebih bersemangat untuk menawarkan kualiti pemilikan premium kenderaan daripada BMW Group.”

Sewaktu merasmikan pembukaan litar baharu itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Wheelcorp Premium merupakan salah sebuah pengedar paling besar serta penting buat BMW dan MINI di Malaysia. Mereka sememangnya tidak asing lagi dengan kami di BMW Group Malaysia kerana pernah memenangi anugerah platinum pada acara BMW Excellence Club baru-baru ini. Wheelcorp Premium juga konsisten dalam menjual lebih 500 buah kendeeraan setahun dan menyumbang kepada prestasi jualan kami. Mereka memang rakan premium sebenar BMW Group di Malaysia.”

Jelas Han lagi, menerusi pengenalan Litar Pemanduan Premium, Wheelcorp Premium dilihat mengotakan janjinya untuk menawarkan keseronokan memandu (Sheer Driving Pleasure). Selain membolehkan para pelanggan jenama BMW dan MINI untuk meneroka segala aspek termasuklah kemahiran yang penting untuk menambah baik teknik pemanduan dan keselamatan mereka.

Litar Pemanduan Premium Wheelcorp Premium yang terletak di Setia Alam memiliki keluasan 1.5 ekar. Ia mampu melengkapkan semua aktiviti pemanduan yang kini dijalankan oleh Wheelcorp Premium melibatkan jenama BMW, MINI dan BMW xDrive Experiences.

Bukan itu sahaja, litar pemanduan itu bertindak sebagai lokasi menguji tahap kelincahan,  kelajuan serta koordinasi kenderaan BMW dan MINI. Ujian itu merangkumi pemanduan di atas jalan yang licin dan latihan membrek. Di samping latihan bagaimana untuk mengawal kenderaan sepenuhnya dalam situasi berbahaya dan ekstrem. Litar itu juga direka untuk menawarkan pengalaman pemanduan BMW xDrive di laluan berlumpur dan tidak rata melalui jalan berpasir, bercerun sisi, selain demonstrasi menaiki dan menuruni bukit.

Sebagai tambahan, semua pelanggan yang membeli kenderaan BMW dan MINI baharu daripada Wheelcorp Premium layak menyertai Kursus Pemanduan Selamat dan Defensif di litar berkenaan.

Bagi meraikan pembukaan Litar Pemanduan Premium Wheelcorp Premium, acara Jualan Hujung Minggu akan diadakan di Wheelcorp Premium mulai 23 hingga 25 September 2016. Dengan setiap pembelian sebuah kenderaan bahawa BMW atau MINI, pelanggan bakal menerima minyak percuma daripada Shell Malaysia selama 12 bulan.

Litar baharu itu juga akan menganjurkan sesi Compact Performance Drive, BMW xDrive Experience dan MINI Driving Experience sepanjang hujung minggu tersebut. Memandangkan hanya empat sesi diadakan dalam sehari, jadi pemilik BMW dan MINI perlu mendaftar untuk menyertai sesi itu dengan menghubungi talian +6011 1782 5060.

Litar Pemanduan Premium Wheelcorp baharu ini disokong oleh BMW Group Malaysia, BMW Credit Malaysia, Allianz Malaysia Berhad dan GoodYear Malaysia

Litar Pemanduan Premium Wheelcorp terletak di Pusat 4S BMW dan MINI di No. 1, Jalan Setia Murni AH, U13/AH, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor.

BMW 02 (1)

Previous post

Bugatti Chiron Adalah Kereta Super Sport Yang Pertama Di Dunia

Next post

Volkswagen Jetta Baharu Dibuka Untuk Tempahan - Harga Anggaran RM110K-RM130K

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *