APM Dan Delta Kogyo Tandatangani Perjanjian Untuk Pemasangan dan Pengeluaran Tempat Duduk Mazda di Malaysia
Auto Parts Holdings Sdn Bhd (APM) hari ini menandatangani perjanjian usahasama dengan Delta Kogyo untuk pembangunan, pembuatan, pemasangan dan penjualan tempat duduk untuk Mazda termasuk model CX-5 dan lain-lain.
Perjanjian tersebut akan menyaksikan penubuhan syarikat yang diberi nama APM Delta Seating Systems Sdn Bhd (JV Co) dengan modal sebanyak RM25 juta yang dibahagikan kepada 25 juta syer bernilai RM1 setiap satu. Modal sebanyak RM23 juta yang dikeluarkan juga akan menyaksikan APM memiliki 60% dan Delta memilik 40% kepentingan ekuiti.
Delta, sebuah syarikat Jepun, adalah salah satu rakan kongsi teknikal Kumpulan APM di Malaysia selama lebih 4 tahun. Perjanjian perniagaan strategik ini akan meningkatkan dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua syarikat yang kini boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, pemasangan dan penjualan tempat duduk kereta.
JV Co akan membekalkan tempat duduk CKD, bingkai tempat duduk dan komponen ke pelbagai negara ASEAN melalui eksport. Selain itu, JV Co juga akan membekalkan komponen yang digunakan dalam sistem tempat duduk untuk kenderaan Mazda di Malaysia yang boleh dieksport ke rantau ASEAN sebagai unit CBU.
Kilang pengeluaran yang terletak di Kulim, Kedah, dengan keluasan 12,856 meter persegi akan dijangka akan siap pada Februari 2017. Usahasama ini yang dimulakan melalui program oleh Mazda dan Institut Automotif Malaysia (MAI) empat tahun lalu, adalah untuk menyokong arah Wilayah Ekonomi Koridor Utara Malaysia untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di Utara Semenanjung.
No Comment