Audi Malaysia Dan Swire Motors Umum Pembukaan Audi Puchong
Audi Malaysia telah mengumumkan pelantikan Swire Motors sebagai salah satu pengedar sah jenama itu di negara ini.
Operasi telah pun bermula sejak awal bulan ini di pusat jualan sementara Audi Puchong yang terletak di SetiaWalk Mall, manakala khidmat pasca jualan pula disediakan di bangunan berdekatan.
Operasi tersebut akan berpindah ke pusat 3S sepenuhnya yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2018.
Sebagai pusat jualan Audi kelapan di Malaysia dan yang pertama dari Swire Motors, pusat servis sementara Audi Puchong mempunyai ruang pameran sebesar 3,500 kaki persegi yang boleh memuatkan empat buah kenderaan pada satu-satu masa. Ia juga mempunyai 20 kakitangan dan tiga ruang penyelenggaraan.
Menurut syarikat itu, ia akan menambah bilangan pekerjanya kepada 40 orang apabila pusat 3S tersebut dibuka.
No Comment