Beli Toyota Hilux dan Menangi Sienta 1.5V Baharu
UMW Toyota Motor sedang mengadakan peraduan ‘Toyota Hilux Buy & Win’ sehingga 31 Disember 2016. Dalam peraduan ini, pelanggan yang membeli Hilux akan secara automatik berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama iaitu Toyota Sienta 1.5V bernilai RM99,900.
Selain itu, peserta juga boleh memenangi pakej percutian ke Tokyo selama lima hari empat malam untuk dua orang yang ditanggung sepenuhnya. Bukan itu sahaja, pelanggan yang memandu uji Hilux juga akan menerima cenderahati.
Syarikat itu juga menawarkan rebat tunai bernilai sehingga RM4,000 untuk pelanggan yang membeli dan mendaftar Hilux untuk kegunaan persendirian.
Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my atau hubungi TOYOTA FREEPHONE: 1800-8- TOYOTA (869682).
No Comment