Berita Auto

Bermaz Motor Perkenal Pakej MazdaSports Untuk Mazda3 Hatchback

Bermaz Motor telah telah memperkenalkan pakej kit badan “MazdaSports” yang direka khas untuk menyerlahkan lagi sifat sporty Mazda3 hatchback.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pakej itu merangkumi kit badan lengkap dengan spoiler belakang, cermin sisi berwarna merah, muncung ekzos berkembar serta rim bersaiz 18 inci dalam kemasan karbon. Ruang kabinnya pula menampilkan upholsteri kulit dan suede yang dipadankan dengan jahitan merah.

MS MAZDASPORTS STEERING WHEEL

Rangkain kuasa Mazda3 MS MazdaSports kekal sama. Ia menggunakan khidmat enjin Skyactiv bersesaran 2.0 liter, empat silinder yang menghasilkan 162 hp dan 210 Nm, dan kotak gear automatik enam kelajuan.

MS MAZDASPORTS SEATS

Harga jualan bagi pakej MazdaSports itu bermula dari RM9,880 (termasuk GST). Ia didatangkan dengan jaminan Mazda Genuine Accessory selama setahun dari tarikh kit badan itu dipasang. Tempahan juga akan mengambil masa selama sebulan lebih lama berbanding Mazda3 hatchback biasa.

MS MAZDASPORTS REAR SHOT

Pakej tersebut dibangunkan oleh bahagian MazdaSports milik Bermaz. Menurut syarikat itu, lebih banyak model MS yang akan dihasilkan pada masa hadapan.

 

Previous post

Lee Motors Auto Care Memperkenalkan Pengedar BMW Baharu di Alor Setar, Kedah.

Next post

Audi Malaysia Dan Swire Motors Umum Pembukaan Audi Puchong

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *