Gaya Hidup / Lifestyle

Bermaz Motor Raih RM625,500 Di Kejohanan Golf Amal

Kejohanan Mazda Charity Golf keempat yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Bermaz Motor meraih kutipan sebanyak RM125,500 untuk Tabung Mazda Medicare Fund (MMF).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tahun ini, MMF berjaya mengumpul dana sebanyak RM625,500, di mana RM500,000 disumbangkan oleh pengarah dan kakitangan pengurusan kanan Bermaz Motor.

Program CSR ini dimulakan oleh Prima Merdu Sdn Bhd dan Bermaz Motor sejak 2014 sebagai satu saluran untuk memupuk hubungan bersama pelanggan dan rakan perniagaan Mazda untuk tujuan amal.

2016-10-20 Mazda Charity Golf

Dana tahun ini akan disumbangkan kepada pesakit-pesakit End Stage Renal Disease (ESRD) yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan haemodialisis, dengan kerjasama dari B.Braun Avitum Renal Services (BARS) dan Hospital Kanser Mount Miriam di Pulau Pinang. Sebahagian dari kutipan turut disalurkan kepada badan amal yang lain seperti rumah-rumah anak yatim dan orang tua.

Bermaz Motor juga mengesahkan bahawa MMF baru-baru ini telah diberikan status pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Previous post

Perodua Tweckbot: Lebih 4,000 Kenderaan Telah Diperiksa

Next post

Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT 1 Sempena Deepavali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *