Berita Auto

BMW di Persidangan & Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau & Produk Eko Malaysia yang ke-7

BMW Group Malaysia akan berada di Persidangan & Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau & Produk Eko Malaysia yang ke-7 (IGEM), yang akan diadakan dari 5 hingga 8 Oktober 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluar kenderaan premium tersebut akan mempamerkan kenderaan BMW Hibrid serba baru dengan Teknologi eDrive – BMW X5 xDrive40e dan BMW 330e, kedua-duanya begitu dinamik dan bebas emisi sama sekali bila dipandu dalam mod elektrik sepenuhnya.

Turut tampil di acara ini ialah kereta sport premium yang paling progresif, iaitu BMW i8.

Screen Shot 2016-10-05 at 1.11.54 PM

Bersama-sama kenderaan inovatifnya, BMW Group Malaysia juga akan berkongsi kepakarannya menerusi program ELEKTRIK BMW 360°, dengan mempamerkan perkembangan projeknya iaitu ChargeNow dengan ChargEV oleh Greentech Malaysia, yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan dimensi baru dan pengalaman keseronokan pemanduan sebenar (Sheer Driving Pleasure) dan pemilikan kenderaan dalam segmen premium.

Tarikh:           Sabtu, 8 Oktober 2016

Masa:             10:00 pagi – 5:00 petang

Tempat:         Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai IGEM 2016, layari www.igem.my.

Screen Shot 2016-10-05 at 1.11.38 PM

Previous post

Kia Rio Berkemungkinan Baik Menjadi Pilihan Bernilai di Paris Motor Show 2016

Next post

Kumpulan BMW Malaysia dan GreenTech Malaysia Perkukuh Perkongsian di IGEM 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *