Motosikal / Skuter / Roda

BMW R nineT Scrambler Tiba di Malaysia – RM92,900

Mengembalikan zaman kegemilangan motosikal scrambler R 68 yang diperkenalkan pada tahun 1951, BMW Motorrad hari ini memperkenalkan R nineT Scrambler yang merupakan varian terbaru dalam segmen Heritage jenama itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti R nineT Roadster, produk terbaru BMW Motorrad ini menampilkan bentuk badan klasik yang ditonjolkan melalui lampu bulat hadapan, tangki minyak 17 liter dengan kemasan aluminium serta rangka belakang yang langsing yang boleh ditanggalkan untuk tunggangan solo.

?????????????????????

Elemen-eleman lain yang menarik termasuklah paparan LCD, salur pengambilan udara yang disadur warna perak serta muncung ekzos berkembar yang dinaikkan sedikit. Ia bukan sahaja menghasilkan deruman enjin boxer yang menarik, malah mematuhi peraturan pelepasan bunyi ECE R41-04.

?????????????????????

Nadi utama R nineT Scrambler tidak lain dan tidak bukan adalah enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,170 cc yang menghasilkan 110 hp dan 116 Nm tork. Menurut BMW, pemetaan enjin diberi peningkatan bagi menepati piawaian Euro 4, sekaligus membolehkan ia mencapai tahap penggunaan bahan api sebanyak 5.3 liter setiap 100 km. Kuasa pula dihantar ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan lengkap dengan aci pemacu universal.

The new BMW R nineT Scrambler (7)

Suspensi hadapan R nineT Scrambler menampilkan sepit udang teleskopik dengan jarak spring sebesar 125 mm manakala suspensi belakang pula terdiri dari lengan ayun Paralever serta penyerap tengah dengan jarak spring 140 mm. Kedua-duanya dipadankan dengan tayar bersaiz 120/70-R19 di hadapan dan 17060-R17 di belakang.

The new BMW R nineT Scrambler (3)

Di samping kualiti pengendalian yang baik, R nineT Scrambler juga menawarkan posisi menunggang yang lebih santai dengan kedudukan bar hendal yang lebih tinggi berbanding varian Roadster dan tempat letak kaki yang lebih rendah dan ke belakang.

?????????????????????

Dari aspek brek, motosikal ini menampilkan cakera berkembar 320 mm dengan angkup empat piston di bahagian hadapan serta cakera tunggal 265 mm dengan angkup dua piston di bahagian belakang. ABS adalah standard.

The new BMW R nineT Scrambler (8)

Dengan harga RM92,900, BMW R nineT Scrambler ditawarkan dalam warna Monolith Metallic Matt. Bagaimanapun, ia boleh didapati dengan tangki aluminium dengan kemasan ‘Visible Weave Weld’ dalam bilangan yang terhad. Untuk melihatnya dengan lebih dekat, sila lawati gerai BMW di MotoGP Malaysia yang berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober ini.

 

 

Previous post

APM Dan Delta Kogyo Tandatangani Perjanjian Untuk Pemasangan dan Pengeluaran Tempat Duduk Mazda di Malaysia

Next post

Kia Niro Hibrid. Kereta Khusus Hibrid Pertama Daripada Kia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *