Berita Auto

Bosch Lancar Pengelap Clear Advantage Serba Baharu

Bosch Automotive Aftermarket baru-baru ini mengumumkan pelancaran pengelap bilah rata terbaharunya – Bosch Clear Advantage yang menawarkan prestasi terbaik untuk kereta-kereta di Asia, dalam apa jua keadaan cuaca.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Pengelap bilah rata Bosch pertama sekali dibangunkan pada tahun 1999 dan teknologi ini kekal relevan dalam industri automotif hingga ke hari ini. Pembaikan besar dalam prestasi mengelap mampu meyakinkan pemandu bahawa ia adalah penaiktarafan yang bermanfaat dari segi keselamatan berbanding bilah pengelap konvensional yang dipasang pada kenderaan.

“Kini, teknologi bilah rata menjadi pilihan pengeluar kenderaan dengan 90% kereta baharu di Eropah menggunakannya. Trend teknologi bilah rata telah bermula di Jepun dan kami menjangkakan Asia akan mengikuti trend yang sama dalam tempoh beberapa tahun lagi,” kata Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket, Malaysia, Pang Yoon Kong.

Teknologi bilah rata Bosch

Bosch Clear Advantage Wiper (3) LowRes

Sekian lama, bilah pengelap cermin konvensional telah menjadi standard. Namun, getah yang tergantung pada pengelap konvensional memberikan tahap tekanan yang berbeza ke atas cermin utama. Ini mengakibatkan bahagian permukaan cermin tidak dilap dengan sempurna.

Teknologi bilah rata Bosch terdiri daripada pegas besi mono dan perumusan getah eksklusif. Ini membolehkan pengelap Clear Advantage Bosch menawarkan tekanan mengelap sekata pada keseluruhan bilah pengelap dan cermin utama. Teknologi ini nyata meningkatkan prestasi pengelapan dan memastikan pergerakan yang lebih lancar, bersih dan senyap.

Direka khas untuk iklim tropika di Asia, pengelap Clear Advantage Bosch mampu memberikan ketahanan mengelap tiada tandingan. Ia berupaya memberikan tahap prestasi optimum, walaupun selepas 200,000 kitaran.

Bagi memudahkan pemasangan, pengelap Clear Advantage dilengkapi dengan pemadan klip pantas. Lebih penting lagi, pengelap bilah rata Bosch baharu boleh dipadankan pada 96% kenderaan di rantau ASEAN.

Pengelap Clear Advantage Bosch kini boleh didapati pada harga RM65 sepasang di Lazada dan kedai-kedai aksesori kereta utama. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: www.startwithbosch.com/my/.

“Bosch Rover” akan mengunjungi lebih 90 lokasi di Semenanjung Malaysia

Bosch Rover (2) low res

Sempena kempen keselamatan ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’ dan pelancaran Pengelap Clear Advantage Bosch, Bosch Rover akan melakukan siri jelajah ke lebih 90 lokasi di Semenanjung Malaysia. Disasarkan kepada pemandu secara am, kempen tersebut menitikberatkan aspek pemanduan selamat dan mengingatkan akan bahaya yang mungkin timbul akan sikap ambil mudah terhadap kualiti dan ketahanan alat ganti kereta.

Bermula pada Oktober 2016 hingga Januari 2017, Bosch Rover akan berada di pusat-pusat perniagaan, pasaraya besar, syarikat-syarikat media dan stesen petrol. Para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti cabutan bertuah, peraduan serta mendapatkan beberapa produk automotif Bosch terpilih pada harga promosi.

Pengunjung yang membuat pembelian melebihi RM70 boleh menyertai peraduan ‘Spin & Win’. Selain itu, pengunjung boleh menyertai peraduan kapsyen gambar Facebook atau ‘Time Challenge’ yang menilai sepantas mana seseorang boleh mengeluar dan memasang satu set pengelap cermin kenderaan. Para pemenang akan memenangi sepasang pengelap Clear Advantage Bosch baru.

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi ‘Bosch Rover’, sila layari laman sesawang: www.startwithbosch.com/my.

Previous post

Ingat Lagi Adegan Kejar Mengejar Kereta Hebat Dalam Filem 'Ronin' Ini?

Next post

Menangi Skuter SYM Attila Elizabeth Edisi Terhad Dari Domino's Pizza

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *