Berita Auto

Chevrolet Colorado Facelift Dilancarkan – Harga Dari RM99,911

Naza Quest hari ini secara rasminya melancarkan trak pikap Chevrolet Colorado versi facelift yang bukan sahaja menampilkan rekaan yang lebih segar, malah mempunyai prestasi lebih hebat serta ciri keselamatan yang lebih canggih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Colorado baharu ditawarkan dalam lima varian dengan tiga pilihan enjin iaitu:

  • 2.5 liter Duramax Fix Geometry Turbocharger (FGT), 163 hp dan 380 Nm untuk varian 2.5 LT manual
  • 2.5 liter Duramax Variable Geometry Turbocharger (VGT), 180 hp dan 440 Nm untuk varian 2.5 LT auto dan 2.5 LTZ auto
  • 2.8 liter Duramax VGT, 193 hp dan 500 Nm untuk varian 2.8 LTZ dan 2.8 High Country

Chevrolet Colorado

Harga bermula dari RM99,911 untuk 2.5 LT manual, RM107,948 untuk 2.5 LT auto, RM115,031 untuk 2.5 LTZ, RM124,916 untuk 2.8 LTZ dan RM133,128 untuk varian teratas iaitu 2.8 High Country. Trak pikap tersebut boleh didapati dalam lima warna; Summit White, Black Meet Kettle, Switchblade Silver, Pull Me Over Red dan Blue Mountain.

Prestasi diuruskan oleh unit kawalan enjin (ECU) yang dibangunkan khas untuk memanfaatkan ciri-ciri enjin. ECU tersebut mempunyai lebih daripada 150 fungsi kawalan yang dipatenkan yang bertujuan mengoptimumkan integrasi antara fungsi perisian dan perkakasan enjin.

Chevrolet Colorado

Ia juga dilengkapi dengan cagak enjin yang dipertingkatkan untuk tahap NVH yang lebih rendah di dalam kabin. Ujian yang dilakukan oleh Chevrolet menunjukkan ruang kabin Colorado kini dua hingga empat desibel lebih senyap, di samping gegaran yang dikurangkan.

Colorado adalah yang pertama dalam segmennya yang menampilkan ciri Apple CarPlay yang membolehkan pengguna memaparkan skrin telefon pintar mereka pada skrin sesentuh yang disediakan pada konsol tengah. Sistem ini juga merangkumi Siri Eye Free dan sistem pengenalan suara.

Chevrolet Colorado

Bergantung pada varian, Colorado dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Lane Departure Warning (LDW), Forward Collision Alert (FCA), Front and Rear Park Assist Sensors, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).  Auto Rain Sensor, Auto Headlamp dan yang terbaru, Remote Start Engine.

Keselamatan tetap menjadi keutamaan Chevrolet dan Colorado mencerminkan falsafah ini dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif termasuk Traction Control System (TCS), Panic Brake Assist (PBA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Electronic Stability Control (ESC), Hill Descent Control (HDC) dan Hill Start Assist (HSA). Ia juga mempunyai dua beg udara hadapan dengan satu beg udara pada bahagian lutut pemandu.

Chevrolet Colorado

Baca ulasan kami tentang Colorado di sini.

 

Previous post

Goodyear Lancar Tayar Wrangler TripleMax di Malaysia

Next post

Hyundai Motor Company Buka Kilang Baharu Di Cangzhou, China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *