Chevrolet Cruze Sport – Perkhidmatan Selepas Jualan
Selain daripada harga, prestasi dan ciri-ciri yang disediakan, perkhidmatan selepas jualan (after sales service) juga adalah salah satu aspek paling penting yang perlu dipertimbangkan dalam urusan pembelian kereta baru.
Dengan Chevrolet Cruze Sport, pelanggan dijamin akan menikmati ketenangan minda dengan adanya program jaminan pengeluar selama lima tahun atau 200,000 km.
Bukan itu sahaja, setiap kenderaan yang dibawa ke mana-mana pusat servis bertauliah Chevrolet di dalam negara ini dijaga dengan baik melalui perkhidmatan standard tinggi dengan bantuan peralatan serta sistem analisis yang canggih. Lebih mengagumkan lagi, pusat-pusat servis Chevrolet turut menggunakan animasi untuk membantu pelanggan memahami perkara teknikal dengan lebih mudah.
Bukan itu sahaja, semua juruteknik Chevrolet diberi latihan intensif dari Pusat Latihan Chevrolet yang menyediakan latihan profesional untuk juruteknik dari seluruh negara termasuk dari negara-negara ASEAN dan Timur Tengah.
Mereka turut diuji secara berterusan dari semasa ke semasa untuk menambah atau sekurang-kurangnya mengekalkan pengetahuan dan kepakaran mereka. Ini dapat memastikan kualiti serta tahap kepuasan pelanggan sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Pelanggan juga tidak perlu bimbang jika mereka perlu menghantar kenderaan mereka ke pusat-pusat servis tertentu kerana semua pusat servis Chevrolet cukup lengkap untuk hampir semua model dari jenama itu. Klik di sini untuk mencari pusat servis Chevrolet yang terdekat.
Sekiranya berlaku kerosakan, pelanggan boleh mendapatkan khidmat 24 Hours Roadside Assistance yang menyediakan perkhidmatan seperti memberi nasihat melalui telefon oleh pakar-pakar teknikal, bantuan di tempat kejadian serta menunda sepanjang hari. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini adalah hanya untuk kenderaan Chevrolet yang berusia tiga tahun dari tarikh pembelian tanpa mengira had perbatuan.
Akhir sekali, semua panggilan, sama ada tentang kereta, harga, promosi, aduan dan cadangan, perubahan alamat atau untuk tujuan kecemasan boleh dibuat kepada Chevy Assist di 1-800-2-CHEVY (24389).
No Comment