ETCM Perkenal Perakam Video Pemandua (DVR) Serba Baharu
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ni memperkenalkan perakam video pemanduan (DVR) serba baharu yang direka bagi menawarkan versatiliti serta mudah digunakan untuk merakam perjalanan anda. Ia kini boleh didapati pada semua model Nissan.
Menampilkan sudut pandangan 150° dan lensa 6 lapisan, kamera ini mampu merakam video HD 1296 piksel berkualiti tinggi. Malah sensor imej dalam kondisi cahaya yang malap membolehkan pemandu merakam video dengan jelas.
Mudah untuk dioperasi, DVR juga hadir bersama ketersambungan tanpa wayar dengan telefon pintar. Ia kemudian disambung dengan peranti IOS atau Android menerusi aplikasi (TCAT DVR) yang membolehkan pemandu untuk melakukan konfigurasi, penstriman, memuat turun dan berkongsi video mereka.
DVR ini dipasang dengan kemas pada cermin pandang belakang untuk kemudahan pemandu. Peranti ini akan dihidupkan secara automatik dan mula merakam sebaik sahaja enjin dihidupkan.
Alat pengesan graviti binaan dalam DVR mengesan perubahan pergerakan graviti, impak dan akan mengaktifkan mode rakaman jika kenderaan terlibat dalam pelanggaran, menukar arah dengan tajam atau menekan brek kecemasan. Aspek ini penting bagi melindungi rakaman yang mengandungi maklumat penting daripada terpadam.
DVR didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.
Sempena kempen akhir tahun Nissan, ETCM menawarkan pelanggan tawaran hebat DVR serba baharu atas pembelian Almera dengan penambahan RM1 sahaja (tertakluk kepada terma), selain promosi RM1 untuk kit aero NISMO atau navigasi multimedia 6.5″ yang sedang berlangsung sekarang.
Untuk memeriahkan kempen pada Oktober ini, ETCM sekali lagi melancarkan Kempen “Millionaire Drive”. Sepanjang Oktober, pelanggan yang membeli dan mendaftar kereta Nissan berpeluang memenangi sebahagian daripada 2,000,000 AirAsia BIG Points. Pemenang hadiah utama, hadiah kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang 300,000, 200,000 serta 150,000 BIG Points yang membolehkan mereka terbang ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara.
Pemenang hadiah saguhati akan menerima 50,000 BIG Points yang boleh menerbangkan mereka ke pelbagai destinasi dalam negara atau dua keping tiket ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai.
AirAsia BIG Points sah selama tiga tahun. Penebusan mata untuk penerbangan AirAsia berdasarkan kepada jualan tiket AirAsia atau AirAsia BIG Fixed Points. Sekali gus membolehkan pelanggan menebus penerbangan percuma ke destinasi impian mereka dengan mudah.
Sepanjang tempoh promosi ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM10,000 turut ditawarkan kepada model-model terpilih Nissan. Selain promosi Bayaran Pendahuluan Mudah dengan Pelan Sifar Faedah 0% bagi semua model. Sebagai tambahan, “Promosi RM1” yang popular akan diteruskan bersama kempen bulan Oktober.
ETCM juga akan menganjurkan Karnival Pandu Uji Nissan yang menawarkan barisan kenderaan Nissan untuk dipandu uji.
Tarikh, masa dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan adalah seperti berikut:
No Comment