Berita Auto

Ford dan SDAC Raikan Akhir Tahun Dengan Promosi ‘Big Deal’

Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini memulakan promosi Big Deal yang menawarkan pelanggan dengan rebat tunai menarik ke atas model-model terpilih di seluruh negara sehingga 31 Disember 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

200 orang pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan sebuah kenderaan penumpang menjelang 31 Disember juga akan menerima hadiah istimewa.

Rebat tunai sehingga RM15,000 diberikan untuk EcoSport. Manakala pelanggan yang membeli Focus, Fiesta dan Everest baharu ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM10,000.

Photo 2 - Ford EcoSport

Rebat tunai sehingga RM3,000 pula boleh dinikmati dengan pembelian varian terpilih Ranger.

“Kami sangat teruja mengadakan promosi Big Deal sekali lagi untuk model-model popular Ford. Ini akan menjadi alasan lebih baik untuk rakyat Malaysia membeli sebuah kereta Ford,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Ahmad Muzri Syed Faiz.

Previous post

Isuzu mu-X Sedia Untuk Beraksi di Borneo Safari 2016

Next post

Toyota Dan Microsoft Sertai Rali FIA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *