Hyundai RN30 Disahkan Untuk Ujian Kelajuan Nurburgring
Hyundai melancarkan kereta konsepnya RN30 di Paris Motor Show dan preview hot hatch ini adalah petanda apa yang pembuat kereta Korea akan datang hasilkan di bawah naugan jenama N performance.
Hyundai ingin menunjukkan bahawa mereka serius tentang performance.
Kuasa dari enjin turbocharged 2.0 liter enjin empat silinder, yang sebenarnya adalah di bawah pembangunan untuk model pengeluaran N.
Enjin ini dijangka menjana 380 kuasa kuda dan 330 paun-kaki tork dan disambungkan kepada transmisi klac berkembar dengan padanan rev yang menghantar kuasa kepada keempat-empat roda.
Pengeluaran i30N ini yang akan diilhamkan oleh konsep ini dan anggaran ianya siap disediakan adalah pada tahun depan.
No Comment