Berita Auto

Isuzu D-Max Baharu Dilancarkan – Harga Dari RM83,000

Isuzu Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan barisan D-Max yang diperbaharui (facelift). Trak pikap itu kini ditawarkan dalam lapan pilihan model dengan tiga varian berbeza iaitu Standard, Premium dan  Z-Prestige.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Isuzu, varian yang diperbaharui ini dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan pada bahagian luaran dan dalaman termasuklah ciri-ciri lain yang terkini.  Bagaimanapun, pilihan enjin diesel VGS Turbo Intercooler bersesaran 2.5 atau 3.0-liter yang dipadankan dengan transmisi automatik atau manual lima kelajuan dikekalkan kerana ia terbukti dari segi kebolehpercayaan, prestasi dan ekonomi.

Isuzu D-Max

Harga atas jalan (termasuk GST, cukai jalan dan insurans) adalah dari RM83,000 bagi D-Max 2.5L Standard dengan transmisi manual hingga RM128,000 bagi varian teratas iaitu D-Max 3.0L Z-Prestige dengan transmisi automatik.

Isuzu D-Max

Bagi varian Z-Prestige, ia ditawarkan dalam tiga pilihan model dengan warna eksklusif serta aksesori yang berbeza. Unit Silky White Pearl direka untuk eksekutif dengan penekanan kepada penampilan dan gaya mewah manakala varian Velvet Red Mica direka khusus untuk mereka yang lasak. Varian Stallion Black pula bertemakan kehidupan ‘urban underground’ yang provokatif.

Isuzu D-Max

Ciri-ciri baru yang terdapat pada varian Z-Prestige termasuklah ‘Passive Entry and Start System’ (PESS), rim aloi 18”, lampu depan projektor dengan lampu nyalaan siang LED, pemain DVD dengan skrin sentuh 8 inci beserta sistem bunyi keliling dengan lapan pembesar suara, panel meter electroluminescent (e-Lumax) dengan ‘Multi-Information Display’ (MID), port multimedia dan ruang untuk telefon pintar, tempat duduk kulit dan tempat letak tangan.

Isuzu D-Max

Paling penting, semua varian termasuklah model dengan spesifikasi paling rendah didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Mendaki (HSA).

Isuzu D-Max

Ketika pelancaran, Isuzu Malaysia turut mempamerkan mu-X Type S edisi terhad.

Isuzu mu-X

SUV tujuh tempat duduk yang menggunakan platform D-Max itu dipertingkatkan dengan ciri-ciri premium seperti PESS, sistem audio dengan paparan 8 inci, panel meter e-Lumax, tempat duduk dan tempat letak tangan kulit ‘Ivory’, antena berbentuk sirip yu, papan pemuka berwarna hitam, perapi pintu dan sirip penyaman udara, skirting depan dan belakang dalam tona yang sama dengan badan, hiasan bampar belakang dan lencana Type S. Bantuan Mendaki (HSA) turut disertakan dalam ciri-ciri keselamatan kenderaan.

Isuzu mu-X

Jaminan bagi Isuzu D-Max baharu dilanjutkan daripada 3 tahun atau 100,000 km kepada 5 tahun atau 150,000 km. Di samping itu, sebagai tanda penghargaan kepada pemilik mu-X sedia ada, jaminan bagi barisan model itu termasuk mu-X Type S dilanjutkan kepada 5 tahun tanpa had kilometer.

Previous post

Ford Sedang Mencipta 2.0 liter EcoBlue Power Diesel Baharu

Next post

Suzuki SV650A Dilancarkan di Malaysia - RM38,800

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *