Berita Auto

Isuzu mu-X Sedia Untuk Beraksi di Borneo Safari 2016

Ketahanan Isuzu mu-X akan diuji bermula dari 30 Oktober hingga 6 November ini dalam Borneo Safari International Offroad Challenge 2016 yang diadakan di Sabah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk pertama kalinya, sebuah mu-X ‘Monster’ akan mengetuai tim Isuzu Malaysia dalam cabaran tersebut, diikuti oleh tiga unit D-Max ‘Monster’.

“Kami berterima kasih kerana Isuzu telah menyokong acara ini sejak 10 tahun berturut-turut. Sokongan padu mereka adalah antara sebab utama mengapa kami mampu memperkembangkan acara ini. Terdapat 400 buah kenderaan yang menyertai tahun ini, bilangan paling tinggi dalam sejarah Borneo Safari. Dan jumlahnya juga bertambah setiap tahun!”, kata Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez A Nordin.

The Isuzu MU-X Monster is set for its debut in Borneo Safari 2016_2

Borneo Safari tahun ini akan menjadi yang paling sukar. Laluan yang dipilih oleh pihak penganjur, iaitu di sepanjang kaki Gunung Kinabalu dan di seluruh daerah Ranau dan Kota Marudu, merangkumi hampir 40 km laluan sukar yang terdiri dari laluan pembalakan yang ditinggalkan dan beberapa lintasan sungai.

The Isuzu MU-X Monster is set for its debut in Borneo Safari 2016

Kerja-kerja modifikasi adalah terhad kepada aspek luaran sahaja. Enjin 2.5 liter VGS Turbo Intercooler yang dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan tersebut tidak disentuh.

 

Previous post

Beli Toyota Hilux dan Menangi Sienta 1.5V Baharu

Next post

Ford dan SDAC Raikan Akhir Tahun Dengan Promosi ‘Big Deal’

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *