Berita AutoMotosikal / Skuter / Roda

Kereta Rasmi MotoGP Musim 2016 akan Berarak di Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur

Kereta Keselamatan BMW M3 akan membuat pit stop di Pavilion Kuala Lumpur dengan Loris Capirossi, Penasihat Rasmi Keselamatan Litar MotoGP.

BMW M merupakan Kereta Rasmi bagi MotoGP selama 18 musim.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kereta Keselamatan BMW M3, yang merupakan Kereta Rasmi MotoGP Malaysia Musim 2016, akan mengadakan perarakan melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur sebelum berhenti di Pavilion Kuala Lumpur untuk menemui para peminat di Malaysia.

Turut menyertai acara ini adalah Penasihat Rasmi Keselamatan Litar MotoGP, Loris Capirossi yang akan menandatangani autograf dan menghadiahkan barangan BMW Motorsport termasuklah tiket MotoGP Malaysia yang akan diadakan pada hujung minggu 29 & 30 Oktober 2016.

Butiran Perarakan Kereta Rasmi MotoGP adalah seperti di bawah:

Tarikh:           Rabu, 26 Oktober 2016

Masa:             4:30 petang – 5:30 petang

Tempat:         Pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur

BMW 02 (4)

Previous post

Temu Bual Bersama Wira Moto3 Malaysia - Khairul Idham Pawi

Next post

Perodua Tweckbot: Lebih 4,000 Kenderaan Telah Diperiksa

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *