Berita Auto

Lamborghini Blancpain Super Trofeo Perkenal Siri Timur Tengah

Dengan lapan musim dan lebih dari 80 buah kereta lumba yang beraksi di tiga benua, Lamborghini Blancpain Super Trofeo boleh dikatakan sebagai siri perlumbaan one-make yang terulung di dunia. Kejohanan yang diadakan di benua Eropah, Asia dan Amerika Utara itu membolehkan pemandu merasai pengalaman beraksi di litar-litar terkemuka dunia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Namun, bermula tahun hadapan, siri perlumbaan itu akan diadakan di Timur Tengah dengan menggunakan format sedia ada. Siri keempat itu membolehkan pelumba-pelumba dari Eropah, Asia dan Amerika Utara bersedia untuk cabaran musim hadapan.

Pit-Lane-4

Ia merangkumi tiga pusingan berkembar dan akan diadakan di antara Februari dan Mac 2017, sebelum bermulanya pusingan di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Acara pertama akan berlangsung di Litar Yas Marina di Abu Dhabi (9 – 11 Februari), diikuti oleh Dubai Autodrome (16 – 18 Februari) dan Dubai (2 – 4 Mac).

Pit-stop

Format perlumbaan adalah sama seperti kejohanan lain: dua sesi latihan 1 jam, dua pusingan kelayakan 20 minit dan dua perlumbaan 50 minit. Siri ini terbuka untuk kereta Huracan Super Trofeo sahaja dan pemandu-pemandu dari kelas Pro, Pro-Am, Am dan Lamborghini Cup.  Pemandu akan dikategorikan mengikut peraturan FIA, manakala dalam kelas Pro dan Pro-Am, pasukan diwajibkan berlumba dengan krew yang terdiri dari dua orang pelumba.

 

Previous post

Honda Mencipta Van Cetak-3D Pertama Di Dunia

Next post

Mitsubishi Triton MIVEC Turbo Diesel Sertai Borneo Safari 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *