Lamborghini Huracán GT3 Rangkul Kejuaraan Siri GT Asia
Litar Antarabangsa Shanghai yang menjadi hos pusingan terakhir siri perlumbaan Asia GT 2016 menjadi saksi kemenangan Lamborghini Huracan GT3 pasukan FFF Racing yang dipandu oleh Andrea Amici dan Edoardo Liberati. Kedua-duanya merupakan ahli programLamborghini Squadra Corse GT3 Junior.
Pada hari perlumbaan yang sedikit terganggu akibat hujan, kedua-dua pemandu tersebut berjaya mengesahkan kejuaraan mereka dengan kemenangan pada tempat ketujuh dalam perlumbaan 1 dan ketiga dalam perlumbaan 2. Namun, mereka terpaksa mengharungi laluan sukar dengan cabaran sengit dari Ferrari 488 GT3 yang dipandu oleh Anthony Liu dan Davide Rizzo.
Tempat ketiga yang dimenangi pada perlumbaan 2 datang dari kereta kedua pasukan FFF Racing yang dipandu oleh Jeron Mul dan Marco Mapelli. Amici dan Liberati memanjat tangga kedudukan pelumba dengan persembahan bertenaga sepanjang musim yang menyaksikan mereka merangkul kemenangan tempat kedua di Korea, ketiga di Thailand, kedua di Okayama, kedua dan ketiga di Fuji, serta kedua dan ketiga di Shanghai.
Ketua Motorsport Automobili Lamborghini, Giorgio Sanna berkata: “Kami amat berbanggan dengan kejohanan pertama ini yang dimenangi dengan Huracan GT3. Kereta kami membuat debut dalam siri GT Asia dan setakat ini hanya berlumba selama setahun dalam ‘customer racing’.”
No Comment