Berita Auto

Lebih Banyak Faedah Untuk Miliki Toyota Camry Hybrid

Toyota Camry 2.5 Hybrid adalah kenderaan pertama dalam kelasnya yang diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh kerajaan Malaysia di bawah Dasar Automotif Negara apabila ia dilancarkan pada April 2015. Insentif ini diberikan kepada kenderaan yang dipasang dalam negara yang memenuhi kriteria EEV untuk tempoh tertentu yang dipersetujui oleh kerajaan. Ini membolehkan harga model tersebut dikurangkan bagi memberi manfaat sepenuhnya kepada pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Camry 2.5 Hybrid dijual pada harga sekitar RM175,000 dengan insentif EEV. Tanpa insentif tersebut, harga runcit sebenar model itu sebenarnya melebihi RM250,000. Bagi mereka yang ingin memiliki sedan eksekutif itu, sekarang adalah masa yang terbaik untuk mendapatkannya dengan adanya rebat tunai sebanyak RM8,000.

Teknologi Hybrid Synergy Drive yang digunakan pada model ini menggabungkan enjin kitaran Atkinson 2.5 liter yang menghasilkan 205 PS dan 213 Nm dengan motor elektrik dengan 270 Nm. Teknologi yang digunakan adalah hasil dari 20 tahun pengalaman dalam bidang pembangunan dan pengeluaran kereta hibrid sejak model pertama yang diperkenalkan pada tahun 1997.

Bergantung pada keadaan pemanduan, sedan ini boleh dipandu dengan hanya menggunakan kuasa elektrik pada kelajuan sehingga 40 km/j. Ia juga didatangkan dengan mod ECO untuk penjimatan minyak maksimum. Penghantaran kuasa dari enjin dan motor elektrik ke tayar dan juga penjana dilakukan melalui Electronic Continuously Variable Transmission (E-CVT).

Camry HV Ad

Tidak seperti sesetengah model hibrid lain, apabila enjin Camry 2.5 Hyrbid ditutup secara automatik untuk menjimatkan bahan api, sistem penghawa dingin akan beroperasi seperti biasa dengan menggunakan pemampat penyaman udara elektrik. Kuasa elektrik disimpan di dalam pek bateri dengan ketumpatan tenaga yang tinggi. Pelanggan juga tidak perlu pening kepala kerana pek bateri tersebut didatangan dengan jaminan selama lapan tahun.

Toyota Camry 2.5 Hybrid didatangkan dengan jaminan penuh selama lima tahun tanpa had perbatuan. Ia boleh dipindah hak milik jika kereta dijual dalam tempoh lima tahun pertama selepas pembelian.

Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

 

Previous post

SMG Mega Sappire Memantapkan Lagi Angkatannya Dengan Trak Scania

Next post

Pendekatan Yamaha Hasilkan Keputusan Positif

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *