Berita Auto

Mitsubishi Triton MIVEC Turbo Diesel Sertai Borneo Safari 2016

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan membuat penampilannya di acara Borneo Safari untuk tahun kedua berturut-turut. Kali ini, syarikat itu akan menghantar bukan satu atau dua, tetapi empat buah kenderaan 4X4 dengan dua daripadanya adalah Triton MIVEC Turbo Diesel yang dilancarkan baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Lebih menarik lagi, salah satu daripada kenderaan tersebut akan dipandu oleh atlit sukan bermotor Malaysia iaitu Leona Chin. Beliau akan ditemani oleh enam wakil media bersama-sama dengan jurutunjuk 4X4 yang berpengalaman.

Selain itu, lima pemilik Triton juga akan menyertai konvoi tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan Mitsubishi yang menyertai acara itu sebanyak sembilan buah.

Borneo Safari adalah acara off-road yang amat sukar, membawa para peserta mengembara melalui pelbagai jenis bentuk muka bumi selama lapan hari tujuh malam.

image003

Kenderaan yang mengambil bahagian akan dilengkapkan dengan pelbagai peralatan wajib seperti winch, bar perlindungan, titik pemulihan, tayar ekstrem tajaan Giti, sistem penggantungan dan juga snorkel.

Borneo Safari 2016 akan diadakan dari 30 Oktober hingga 6 November di Kota Kinabalu, Sabah. Konvoi akan bermula dari bangunan Lembaga Pelancongan Sabah di Jalan Gaya dan akan terus ke Kampung Penampang Baru untuk memulakan cabaran.

 

 

Previous post

Lamborghini Blancpain Super Trofeo Perkenal Siri Timur Tengah

Next post

Bagaimana Mazda Cipta Semula Enjin Diesel Dengan Teknologi SKYACTIV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *