Berita Auto

Pemilik Proton Paling Setia Menang Saga Baharu

Proton telah mengumumkan pemenang bagi peraduan Proton Search 2016. Mohd Isa bin Ibrahim Shah, 85, seorang bekas kakitangan RISDA, memenangi hadiah utama iaitu sebuah Proton Saga baharu, berdasarkan kenangan yang menyentuh hati mengenai Proton Saga manual yang dimiliki beliau sejak 1985.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Proton Saga yang dimiliki Mohd Isa banyak berjasa bukan hanya kepada keluarganya, tetapi turut banyak membantunya dalam kerja-kerja amal bersama penduduk orang asli sehingga ke hari ini.

10 hadiah sagu hati yang lain telah dimenangi oleh; Abdul Razak bin Ahmad, Azizah binti Junid, Ishrat Banu binti Hassan, Mohd Jamil Chew bin Abdullah, Mustapa bin Kassim dan Wong Sok Kim @ Wong Sok Kum (pemilik kereta tahun 1985); Govindarajoo a/l Periasamy, Mohd Tajuddin bin Idris, Samian bin Sawiyo dan Thangaras a/l Doraisamy (pemilik kereta tahun 1986).

Mohd Isa bin Ibrahim Shah and his wife, Grand Prize winner with his new Saga

Peraduan yang julung kali diadakan ini telah berlangsung selama 13 minggu, dari 8 Mac hingga 8 Jun 2016, dan menerima sebanyak 866 penyertaan dari semua kaum di seluruh negara. Penyertaan merangkumi pemilik Proton dari tahun 1985 hingga 2012, dari generasi pertama iaitu Saga sehinggalah Exora. Peraduan ini diadakan bertujuan untuk mencari pemilik tunggal kereta Proton paling lama di Malaysia, dengan keadaan kereta yang baik serta masih digunakan sehingga kini. Para peserta juga dikehendaki berkongsi kenangan manis mengenai kereta mereka dalam bentuk karangan atau video ringkas.

Peraduan dianjurkan bersempena pelancaran kempen “The New PROTON” pada Februari tahun ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Pelanggan Diutamakan‟ dalam menyediakan perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik kepada pemilik Proton. Ia juga dilihat sebagai satu cara pengeluar itu membina dan mengekalkan hubungannya dengan pelanggan serta memberi ganjaran kepada mereka yang setia.

Para pemenang telah dipilih oleh panel juri profesional yang menilai penyertaan mereka berdasarkan kedua-dua bahagian teknikal dan juga cerita atau video ringkas yang dikirim. Para juri terdiri daripada Ketua-ketua di pelbagai jabatan di Proton, dan diketuai Azhari Che Hassan, Pengurus Besar Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan Kenderaan Proton serta juri-juri jemputan, Hezeri Samsuri dan Salihin Rahim dari Careta.my.

Group photo with all winners

Pusingan pertama penghakiman melibatkan proses saringan berdasarkan borang penyertaan yang lengkap mengikut syarat-
syarat yang ditetapkan di dalam borang penyertaan. Setiap penyertaan kemudiannya dibahagikan mengikut tahun kereta dikeluarkan dan jumlah tahun pemilikan kereta.

Selepas penapisan awal dilakukan, juri-juri juga kemudiannya menyemak cerita atau video ringkas yang menyentuh perasaan dan kemudiannya para peserta disenarai pendekkan. Setelah itu, para juri membuat kunjungan dari rumah ke rumah pemilik yang telah disenarai pendek untuk mengesahkan keadaan kereta mereka bagi memastikan kereta tersebut masih dalam keadaan baik. Untuk tujuan ketelusan dan kesahihan, proses pemilihan telah diaudit oleh Jabatan Audit Dalaman Proton.

Para pemenang juga diberi peluang untuk melawat ke kilang dan melihat kemudahan yang ada di Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan Proton yang terdiri daripada studio reka bentuk serta makmal ujian. Mereka juga sempat memandu uji kereta-kereta Proton di trek pandu uji.

Previous post

BMW 5 Series 2017 - Sarat Dengan Teknologi Canggih

Next post

Volkswagen Driving Experience di Johor Bahru 15 -16 Oktober

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *