Perodua Anjur “Fun Walk” Hari Sukan Negara
Syarikat kereta kompak di negara ini menganjurkan “Perodua Fun Walk 2016,” perjalanan kaki 3KM di sekitar kawasan 500 ekar, untuk 1,000 kakitangan dan rakan kongsi perniagaan bagi menyokong Hari Sukan Negara.
Peserta Perodua Fun Walk 2016 mula berjalan pada pukul 9.00 pagi dan mereka yang berjaya menghabiskan perjalanan kaki layak untuk peraduan cabutan bertuah khas.
Perodua Fun Walk 2016 juga merupakan sebahagian daripada Kempen Bulan Keselamatan Perodua 2016, di mana syarikat kereta kompak menekankan kepentingan kedua-dua kualiti, kesihatan dan keselamatan di kalangan 11,000 pekerjanya.
No Comment