Berita Auto

Perodua Tweckbot: Lebih 4,000 Kenderaan Telah Diperiksa

Pasukan Perodua Tweckbot kini berada di Taiping untuk memberi pemeriksaan percuma kepada pelanggan sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi. Pasukan itu telah memeriksa lebih dari 4,000 kenderaan sejak ia ditubuhkan pada tahun 2011.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang mengambil bahagian dalam program Tanggungjawab Korporat ini dan kami mengucapkan selamat memandu untuk bertemu orang tersayang semasa perayaan ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Pemeriksaan keselamatan 50-mata tersebut merangkumi enjin, transmisi, sistem penyejukan (tahap cecair, kipas dan suhu), sistem brek (cecair dan pad), stereng, klac, tayar, suspensi, sistem elektrikal (bateri, lampu dan air) dan juga diagnosis enjin.

IMG_6474

Selain itu, Perodua menawarkan diskaun 20% ke atas alat ganti dan aksesori kepada pelanggannya yang menyertai program ini. Sambil menunggu kereta diperiksa, pelanggan juga boleh mendaftar sebagai ahli UFirst untuk mendapat tawaran menarik selain aktiviti dan promosi terkini Perodua.

 

Previous post

Kereta Rasmi MotoGP Musim 2016 akan Berarak di Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur

Next post

Bermaz Motor Raih RM625,500 Di Kejohanan Golf Amal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *