Berita Auto

Peugeot 3008 dan 5008 di Paris Motor Show

PSA Peugeot Citroën menggunakan pentas Paris Motor Show 2016 untuk melancarkan Peugeot 3008 dan 5008 baharu yang kini diterjemahkan dalam ke dalam bentuk SUV. 3008 memuatkan lima penumpang sementara 5008 menawarkan tujuh tempat duduk dalam tiga baris. Kedua-dua model menggunakan Efficient Modular Platform 2 (EMP2), yang juga digunakan untuk beberapa model lain termasuk Citroën C4 Picasso and C4 Grand Picasso, Peugeot 308 dan van kargo Peugeot Expert and Citroën Jumpy yang dilancarkan baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Platform tersebut boleh dipanjangkan dengan menambah sambungan 55 mm ke bahagian belakangnya. Bahagian hadapan EMP2 yang sama digunakan untuk 308, 3008, 5008, 308 SW dan Citroën C4 Picasso, manakala bahagian belakang platform itu adalah modular. Ini membolehkan 5008 mempunyai jarak roda yang hampir sama dengan C4 Picasso.

3008-1

Sambungan sepanjang 55 mm ini juga memberikan fleksibiliti kepada pasukan kejuruteraan dan reka bentuk PSA untuk memandankan jarak roda dengan keperluan mereka sambil mematuhi parameter kenderaan segmen C Eropah. Oleh itu, jarak roda 5008 mewakili tiga sambungan lebih dari jarak roda roda 3008 dan 4008, yang dibina khas untuk pasaran China. SUV itu mempunyai satu sambungan lebih dari 3008.

PHEV akan datang pada tahun 2019

3008-6

Teknologi Grip Control rekaan PSA menawarkan cengkaman yang baik pada pelbagai permukaan jalan untuk model pacuan roda hadapan dan kini ia merangkumi ciri kawalan penurunan bukit (Hill Descent Control). Sistem 4X4 berat dan mempunyai tahap penggunaan bahan api yang tinggi, jadi ia tidak digunakan lagi.

Seperti pada model sebelumnya, akan ada varian hibrid yang menyediakan pacuan semua roda melalui gandar belakang yang dipacu secara elektrik. Buat masa ini, model 5008 tidak akan ditawarkan dengan rangkaian kuasa hibrid atas isu pempakejan yang melibatkan tempat duduk barisan ketiga dan pek bateri. Para jurutera PSA kini dalam proses menghasilkan versi plug-in hybrid yang akan mula dijual pada 2019.

3008-10

Pengurangan berat merupakan salah satu objektif penting 3008 baharu. Untuk itu, SUV itu menggunakan bahan-bahan baru seperti keluli bagi mengelakkan ketebalan, selain dari aluminium dan bahan komposit yang sedia ada.

Hasilnya. 3008 baharu 100 kg lebih ringan berbanding model sebelum ini. Langkah-langkah yang diambil termasuklah menggunakan aluminium untuk hud dan fender hadapan. Ini bermakna alatan mengecap memerlukan rekaan yang teliti supaya garis tajam ditepi hud dapat dikemaskan dengan baik.

5008-3

Platform EMP2 menggunakan bahan komposit di bahagian lantai. Ini juga adalah kali ketiga atau keempat pengeluar itu menggunakan ‘liftgate’ yang dihasilkan dari komposit demi mengurangkan seberapa banyak berat yang boleh. Peugeot juga bekerjasama dengan Michelin untuk menghasilkan tayar dengan rintangan guling yang rendah (low rolling-resistance).

Previous post

Program Caltex Fuel Your School Kini di Kelantan dan Pahang

Next post

Ford Mulakan Produksi Ranger di Kilang Ford Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *