Berita Auto

Peugeot 3008 dan 5008 – SUV ‘Beremosi’ Yang Ditunggu-tunggu

Pengeluar kenderaan dari Perancis iaitu Peugeot terus mengorak langkah dalam segmen SUV bukan dengan satu atau dua, tetapi tiga model untuk tahun 2017. Model terkecil iaitu 2008 telah pun berada di Malaysia namun akan datang adalah 3008 dan 5008 baharu. Walaupun kedua-duanya sedang dijual sebagai MPV, Peugeot menggunakan pentas Paris Motor Show 2016 untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam mengubah model-model tersebut menjadi SUV dengan lebih nilai dari segi ciri-ciri dan teknologi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

3008 dan 5008 baharu akan ditawarkan di pasaran Eropah dengan beberapa enjin cekap bahan api yang berkuasa. Enjin PureTech Turbo boleh didapati dalam saiz 1.2 atau 1.6 liter, namun di benua itu, enjin 1.6 dan 2.0 liter BlueHDI Turbodiesel dijangka lebih popular.

5008-1

Pasaran Malaysia dijangka akan mendapat enjin 1.6 liter PureTech Turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Walaupun direka untuk jalan raya, kedua-dua model dilengkapi dengan Hill Assist Descent Control (HADC) dengan lima tahap cengkaman yang merangkumi salji, lumpur dan pasir.

3008-6

Biarpun mengalami perubahan dramatik dari segi rekaan luaran, penambahbaikan yang diberikan di dalam ruang kabin juga patut diberi perhatian. Menampilkan i-Cockpit generasi terkini, kedua-dua 3008 dan 5008 kini menawarkan kemewahan dan kecanggihan dalam bentuk SUV.

3008-4

Skrin sesentuh kapasitif bersaiz lapan inci ditemani oleh sebaris butang dengan campuran kawalan analog dan digital. Panel instrumennya pula menampilkan skrin 12.3 inci dengan paparan yang begitu lancar.

3008-10

i-Cockpit kini turut didatangkan dengan fungsi ‘Amplify’, di mana pengalaman berada di ruang kabin dipertingkatkan lagi dengan pencahayaan ambien, sistem pembesar suara FOCAL Hi-Fi, kerusi urut serta peresap wangian.

3008-9

Bagaimanapun, kedua-dua SUV tersebut juga mempunyai perbezaan dalam pelbagai aspek. 3008 adalah SUV saiz sederhana dengan lima tempat duduk. Hampir kesemua ciri keselamatan canggih boleh didapati dalam kenderaan ini termasuk Active Lane Departure Warning, Adaptive Cruise Control dan Active Blind-spot Monitoring. Dengan harga yang berdaya saing, 3008 mampu memikat hati pembeli apabila ia dilancarkan di Malaysia dalam suku kedua tahun 2017.

5008-6

Lain pula dengan 5008, walaupun secara teknikalnya ia berada di dalam segmen yang sama dengan 3008. Ia sebenarnya 19 cm lebih panjang berbanding model terdahulu untuk memberi ruang kepada barisan tempat duduk ketiga. Kerusi tersebut boleh dilipat sepenuhnya untuk ruang penyimpanan yang lebih besar, menjadikannya praktikal seperti sebuah MPV walaupun jelas mempunyai bentuk SUV.

5008-2

Bercakap tentang bentuk, bar bumbung merupakan sebahagian dari rekaan 5008 dan ia didatangkan standard. Tanpa syak lagi, 5008 adalah salah satu SUV terbesar dalam segmennya namun ia tetap ‘lembut’ pada pandangan. Jangkakan bahagian dalaman dan ciri-ciri pemanduan yang sama antara 3008 dan 5008.

3008-2

 

 

Jelas Peugeot ingin mengukuhkan kedudukannya di peringkat global dengan model-model terbaru ini. Melihat kepada usaha mereka dalam mendapatkan rekaan serta bahan yang tepat, peluang untuk 3008 dan 5008 tampak cerah. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, 3008 dijangka akan tiba di Malaysia dalam masa enam bulan lagi namun perlu tunggu lebih lama sebelum menyambut kedatangan 5008. Harga jangkaan pula adalah di antara RM145,000 hingga RM160,000.

5008-3

Mampukah kedua-dua SUV ini membawa jenama Perancis itu ke peringkat lebih jauh? Dari apa yang kami lihat di Paris, ia tidak mustahil.

Previous post

West Raih Podium Pertama ARRC

Next post

Toyota Vios 2016 Kini di Malaysia - Harga dari RM76,500

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *