Berita Auto

Porsche Panamera 4 E-Hybrid dan 911 GT3 Cup Muncul di Paris

Di Paris Motor Show baru-baru ini, Porsche telah memperkenalkan dua model baharu iaitu Panamera 4 E-Hybrid dan juga kereta lumba 911 GT3 Cup.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun berbeza, kedua-dua model menawarkan prestasi mengagumkan yang sudah menjadi kebiasaan buat jenama itu. 911 GT3 Cup mempunyai 485 hp yang didatangkan dari enjin empat liter enam silindernya manakala Panamera 4 E-Hybrid berpuas hati dengan 462 hp dan 700 Nm hasil gabungan enjin 2.9 liter V6 turbo berkembar dan motor elektrik.

S16_0557

Dilengkapi dengan sel lithium ion dengan kapasiti yang dipertingkatkan, Panamera 4 E-Hybrid kini mampu bergerak sejauh 50 km (menurut NEDC) tanpa bantuan enjin. Tahap penggunaan bahan apinya dikatakan mencapai 2.5 liter bagi setiap 100 km manakala penggunaan kuasa pula adalah 15.9 kWh bagi setiap 100 km.

Namun, sebagai sebuah saloon sport dengan pacuan empat roda, Panamera hanya memerlukan 4.6 saat untuk bergerak dari 0 hingga 100 km/j dan mampu memecut sehingga 278 km/j.

p16-0394-a4-rgb-1

Prestasi yang memberangsangkan ini bukanlah satu kebetulan. Panamera 4 E-Hybrid menggunakan strategi hibrid yang sama dengan 918 Spyder. Seperti hypercar tersebut, motor elektrik Panamera mampu menghantar kuasa sebanyak 136 hp dan 400 Nm sebaik sahaja pedal minyak ditekan.

Dalam bahagian sukan bermotor, Porsche mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju utama dengan 911 GT3 Cup baharu. Kereta lumba seberat 1,200 kg itu menampilkan ciri-ciri aerodinamik baharu bagi memastikan cengkaman yang lebih, sekaligus memberikan masa pusingan yang lebih pantas.

S16_0560

Sejumlah 3,031 unit 911 GT3 Cup dar model 996, 997 dan 991 telah dibina sejak 1998. Ini menjadikan kereta kelahiran Stuttgart itu sebagai kereta lumba GT yang paling banyak dikeluarkan dan paling laris di dunia.

 

Previous post

Tempahan Chevrolet Colorado Baharu Dibuka - Harga dari RM95,000

Next post

Ducati SuperSport di Intermot

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *