Gaya Hidup / Lifestyle

Rasai Pengalaman Naik Tesla Model S Dengan Applikasi Grab

Buat pertama kalinya di Malaysia, Grab dengan kerjasama GreenTech Malaysia menawarkan penggunanya pengalaman menaiki Tesla Model S85. Kenderaan elektrik (EV) ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 2.8 saat sahaja dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Ia juga mempunyai penarafan keselamatan lima bintang.

Promosi ini sah bermula Jumaat hingga Ahad (14 – 16 Oktober 2016) dari 10 pagi hingga 6 petang. Anda hanya perlu memuat turun applikasi Grab dari Apple App Store atau Google Play Store, pilih ikon “Tesla Model S” dan masukkan lokasi dan masa dan tekan “Book Now” untuk membuat tempahan.

GrabTesla_IMG2

Setiap tempahan dikenakan caj sebanyak RM15 dan hanya sah untuk pengguna GrabPay dan bayaran kredit/debit tanpa tunai. Lebih istimewa lagi, salah satu kereta akan dipandu oleh selebriti DJ J.J. Fernandez.

Lokasi yang terpilih untuk promosi ini adalah Bangsar, Sri Hartamas, Mont Kiara, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Utama dan Mutiara Damansara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://grb.to/teslamodels.

Previous post

Penampilan Sulung Range Rover Edisi Terhad Rekaan Piet Boon di Malaysia

Next post

Yamaha YZF-R6 2017 - Apa Yang Baru?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *