Respon Uber Terhadap Bajet 2017
“Kami gembira bahawa Kerajaan dan Perdana Menteri Dato ‘Seri Najib Tun Razak telah mengiktiraf bagaimana Uber boleh memberi kesan positif kepada status sosioekonomi rakyat Malaysia dalam segmen B40 ini. Dengan menyediakan pilihan untuk perolehi pendapatan dengan sentuhan butang untuk rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, pemandu-rakan dapat memberi rezeki kepada diri dan keluarga mereka, dan juga mempunyai kebebasan yang lebih tinggi untuk mengejar impian mereka.
Kami juga teruja mendapat Proton, pengeluar kereta nasional, sebagai rakan kongsi, dan akan membuat pengumuman dengan maklumat lanjut tidak lama lagi. Ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia untuk Uber. Sama seperti Uber telah menjadi perintis utama dalam industri ridesharing itu, Proton juga telah merintis industri automotif di Malaysia. Kami berkongsi visi yang sama untuk memacu Malaysia ke hadapan melalui inovasi teknologi dan mewujudkan peluang ekonomi.
Inisiatif ini jelas menyediakan pertumbuhan ketara dan memperkasakan ekonomi. Ia juga merupakan satu kemenangan yang jelas bagi industri ridesharing dan menunjukkan kepimpinan yang berpandangan jauh. Kami memuji kerajaan Malaysia kerana Belanjawan yang bijak dan mesra rakyat ini! Di mana sahaja kami beroperasi, Uber telah memberi kesan positif kepada rakyat dan bandar-bandar dan kami telah memberi sumbangan kepada ekonomi tempatan. Ridesharing tidak akan kemana-mana dan Uber pasti akan terus memainkan peranan dalam meningkatkan mobiliti bandar di Malaysia. ”
No Comment