Berita Auto

Sesi Kelayakan Sengit Janjikan Perlumbaan Dramatik di Shanghai

Siri perlumbaan GT Asia 2016 akan menutup tirainya pada 20 Oktober ini di Shanghai, China. Berlumba pada pertengahan minggu akibat perubahan jadual pada saat akhir, pasukan menjalani dua sesi latihan 90 minit, dua sesi kelayakan 15 minit dan dua sesi perlumbaan 60 minit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun berhadapan hujan lebat, sesi kelayakan menyaksikan Ducan Tappy dari Bentley Team Absolute memecahkan rekod pusingan yang dicatat oleh Alex Yoong pada bulan Ogos.

GTAsiaSeries_SIC2_Q1_Yoong_191016_med

Namun akhirnya tempat teratas sesi kelayakan pertama menjadi milik pelumba dari malaysia itu, diikuti rapat oleh Davide Rizzo. Pendahulu kutipan mata Edoardo Liberati pula mengakhiri sesi kelayakan di tempat ketujuh.

GTAsiaSeries_SIC2_P1_Lyons_191016_med

Rakan sepasukan Liberati iaitu Andrea Amici memerah keringat pada pusingan kelayakan kedua untuk merebut tempat pertama dari genggaman Anthony Liu dengan perbezaan masa hanya 0.055 saat.

GTAsiaSeries_SIC2_P1_Rizzo_191016_med

Dengan ramalan hujan pada hari perlumbaan, dan kerisauan pasukan Lamborghini tentang kelajuan mereka di atas permukaan basah, perlumbaan terakhir bagi siri GT Asia musim ini dijangka menyajikan aksi paling sengit.

Previous post

Ini Dia Lynk & Co Dunia!

Next post

Lamborghini Huracán GT3 Rangkul Kejuaraan Siri GT Asia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *