Suzuki SV650A Dilancarkan di Malaysia – RM38,800
Diperkenalkan sejak 1999, Suzuki SV650 mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana sifatnya yang serba-boleh, sama ada dalam bentuk ‘naked’ atau ‘fairing’. Generasinya berterusan hingga 2009, sebelum ia digantikan oleh SFV650 Gladius dengan gaya estetika yang lebih menonjol dan moden.
Kini, legasi model tersebut diteruskan dengan SV650A yang bukan sahaja lebih manis pada pandangan, malah lebih ligat dengan adanya enjin dan casis yang dinaiktaraf.
Jadi selain dari penggayaan yang lebih segar melalui lampu bulat klasik, lampu belakang LED dan tangki minyak yang lebih langsing, apa lagi ciri-ciri baru yang boleh didapati pada SV650A? Mari kita lihat.
Ciri-ciri teras
- Enjin 645cc DOHC 90° V-twin SV650A diperhalusi dengan lebih 60 komponen baru, menghasilkan peningkatan kuasa serta mematuhi keperluan pelepasan Euro4.
- Unit V-twin itu menyampaikan deruman mendalam pada julat rev yang rendah, tork linear pada julat rev pertengahan dan perahan kuasa yang lancar pada julat rpm tinggi dengan cara yang terkawal.
- Dengan 140 komponen (gabungan enjin dan casis) yang direka semula, berat berjaya dikurangkan sebanyak 8kg (model ABS). Casis langsing dan ringan memberikan prestasi pengendalian yang tangkas.
Kawalan pengendalian dipertingkatkan
- Ciri “Low RPM Assist” membantu penunggang ketika memulakan tunggangan dan menunggang pada rpm rendah.
- Ciri baharu “Suzuki Easy Start” memudahkan penunggang menghidupkan enjin.
- Badan langsing dan casis ringan memudahkan pergerakkan,
- Ketinggian tempat duduk adalah 785 mm, antara yang terendah dalam kelasnya.
Kefungsian
- Tahap penggunaan bahan api yang dipertingkatkan, kini berada pada tahap 3.84L/100km.
- Kluster instrumen LCD penuh baharu memberikan pelbagai maklumat.
Panel instrumen pelbagai fungsi
- Ciri LCD penuh menyebabkan ia tidak memerlukan motor dan jarum mekanik.
- Berat hanya 275 g.
- Lampu latar belakang putih dengan kecerahan boleh laras.
- Maklumat yang dipaparkan termasuklah speedometer, tachometer, odometer, dua meter perjalanan, kedudukan gear, suhu air, jarak tunggangan, penggunaan bahan api purata dan semasa, tolok bahan api dan jam.
- Fungsi “peak-hold” yang menunjukkan rpm puncak apabila rpm sedang menurun membolehkan penunggang mengenal pasti rpm puncak terakhir apabila menukar kepada gear rendah.
Aksesori tulen Suzuki turut ditawarkan bagi penunggang yang mahu mengubahsuai SV650A mereka dengan cara yang tersendiri. Didatangkan dalam pilihan warna Metallic Triton Blue dan Pearl Mira Red, Suzuki SV650A ditawarkan pada harga jualan asas RM38,800 (tidak termasuk GST).
Untuk mencari pengedar Suzuki terdekat, hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd pada 04-3977453 (Bahagian Jualan dan Pemasaran) atau 04-3977091 (Bahagian Barang Ganti) atau lawati www.suzuki.com.my.
No Comment