Berita Auto

TCEC Perkenal Promosi Baharu Renault Captur

TC Euro Cars (TCEC), pengedar tunggal kenderaan jenama Renault di Malaysia telah melancarkan kempen jualan yang baru untuk Renault Captur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sah sehingga 31 Oktober 2016, para pelanggan yang membeli Captur akan menikmati rebat sebanyak RM8,000 daripada harga RM117,200 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans di Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja).

Untuk memberi ketenangan minda dan kemudahan kepada pelanggan, TCEC turut menawarkan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km mana-mana tiba dahulu. Tawaran ini hanya sah kepada kenderaan yang didaftarkan sepanjang tempoh promosi.

Kempen ‘Capture Life, Capture Style, Capture Deals’ itu dianjurkan bagi menarik perhatian golongan urban yang bergaya, bertenaga dan mahu tampil lebih menyerlah.

Captur merupakan salah satu model paling laris Renault dengan lebih 500,000 unit berjaya dijual dijual di seluruh dunia. Crossover yang semakin popular itu juga menjadi model paling laris dalam segmen SUV kecil di pasaran Eropah sejak tahun 2013.

?????????????

Renault Captur dikuasakan oleh enjin dengan pengecas turbo TCe 120 baharu. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, ia bukan sahaja berupaya menawarkan prestasi yang sama seperti enjin tradisional 1.8 liter malah memberi pecutan berkuasa pada putaran enjin yang rendah.

Bukan itu sahaja, crossover yang lincah ini menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya dengan mode ECO sehingga 5.4L/100km.

Sama seperti semua kenderaan utama Renault, Captur hadir bersama jainan penuh daripada pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukannya mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna terma dan syarat serta perlindungan ke atas alat ganti adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat.

Previous post

LaFerrari Aperta Habis Dijual ...... Berapa Unit Pemilik Malaysia?

Next post

Tempahan Chevrolet Colorado Baharu Dibuka - Harga dari RM95,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *