Team Ducati Lawat Jujukan Kedai Motosikal di Jalan Sentul
Shell Advance memberikan kejutan dramatik kepada pemilik dan pelanggan bengkel di Jalan Sentul dengan membawakan kehebatan pasukan Ducati dalam lawatan VIP mengejut dari Pengarah Sukan Rakan Teknikalnya itu, Paolo Ciabatti serta penunggang utama pasukan itu Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone.
Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka, lapan pemilik bengkel bertuah yang telah membantu menjadikan Shell Advance jenama minyak enjin motosikal yang utama di Malaysia dapat merasai pengalaman yang mengujakan itu bersama pelanggan mereka di sepanjang ‘golden mile’ yang popular di kalangan penunggang di Lembah Klang.
Ciabatti, Dovizioso dan Iannone yang ditemani Pengurus Jenama Global Shell Advance Vivek Pareek dan pasukan Shell Lubricants Malaysia, meluangkan masa di setiap satu daripada lapan buah bengkel terpilih untuk berbual dengan pemilik dan juga untuk bergambar. Mereka juga menyerahkan cenderamata sebagai tanda terima kasih kerana menyarankan minyak enjin motosikal premium Shell Advance yang dihasilkan bersama Ducati di lapangan ujian yang ekstrem iaitu MotoGP.
Ciabatti, Dovizioso dan Iannone juga mengambil kesempatan tersebut untuk menyampaikan hadiah kepada tiga mekanik yang mendapat tempat teratas dalam cabaran khas ‘penukaran minyak motor terpantas’ yang dianjurkan sempena lawatan tersebut.
Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Alex Lim berkata: “Ia amat mencabar kerana jadual yang ketat tetapi kerana Kerjasama Teknikal yang telah terjalin sekian lama antara Shell Advance dan Ducati Corse, serta rancangan perjalanan yang dibuat khas, lawatan pasukan tersebut ke Jalan Sentul yang sukar untuk dibayangkan itu dapat menjadi kenyataan.”
MotoGP Shell Malaysia 2016 yang bakal berlangsung ini akan menjadi sebuah acara yang hebat. Bersempena dengan itu, Shell Advance juga akan mengadakan penukaran minyak percuma bagi 500 buah motosikal dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Sabtu, 29 Oktober dan Ahad, 30 Oktober 2016 di tempat letak kereta P1 di Litar Antarabangsa Sepang.
Penukaran minyak enjin percuma untuk pemilik motosikal di bawah 250 cc yang pertama seumpamanya ini akan diberikan kepada pemenang peraduan Shell Advance baru-baru ini dan juga kepada pemilik yang membeli satu pek minyak enjin Shell Advance pada 29 dan 30 Oktober 2016.
No Comment