Tips Memandu Mudah Tetapi Penting
Ya. Kita semua memang pandai memandu. Memang terror. Tetapi takda salahnya kalau sekali-sekali kita rebiu balik basics memandu.
- Patuhi had laju. Memandu terlalu laju mengurang masa anda untuk berhentikan atau bertindak balas. Kelajuan yang berlebihan adalah salah satu punca utama kemalangan diantara pemandu-pemandu muda.
- Sentiasa pakai tali pinggang keledar anda dan pastikan semua penumpang turut memakai tali pinggang keledar. Jangan cuba untuk memuatkan lebih banyak orang di dalam kereta daripada bilangan tali pinggang keledar untuk mereka gunakan. Ini adalah perkara biasa di negara-negara ASEAN.
- Laraskan sandaran kepala kereta anda ke ketinggian di belakang kepala anda, bukan leher anda untuk mengurangkan whiplash sekiranya anda terlibat dalam kemalangan.
- Pastikan cermin depan anda adalah bersih. Ketika matahari terbit dan matahari terbenam, cahaya refleksi cermin depan yang kotor anda boleh membutakan anda seketika daripada melihat apa yang sedang berlaku dengan lalu lintas dan juga di lebuh raya.
- Pakar memandu selalu mengesyorkan bahawa anda memegang stereng ikut tangan jam pukul 3 dan 9 atau bahkan lebih rendah pada pukul 4 dan 8. Jika anda berada dalam kemalangan dan beg udara anda meletop, anda akan lebih selamat dengan tangan anda tidak terbang ke muka anda daripada kesan tendangan beg udara itu. Ini adalah andaian anda mempunyai beg udara dalam kereta anda lah.
No Comment