Berita Auto

Tomoyuki Shinnishi Dilantik Sebagai CEO Baru Mitsubishi Motors Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan pelantikan Tomoyuki Shinnishi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu bermula 28 Oktober 2016.

Shinnishi pertama kali menyertai Mitsubishi Corporation (MC) pada tahun 1997 dan telah memegang pelbagai jawatan dalam syarikat tersebut.

Dari 2001 hingga 2008, Shinnishi bertugas di PT. Krama Yudha Tiga Belian Motors (KTB), pengedar rasmi Mitsubishi di Indonesia. Beliau memegang jawatan penasihat bahagian pengeluaran dan kejeruteraan sebelum mengambil alih jawatan ketua unit jualan dan pemasaran.

Dari 2008, Shinnishi bertugas sebagai pengurus kenderaan bermotor ASEAN dan Asia Barat di MC.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada 2012, Shinnishi ditukarkan ke Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Tokyo, di mana beliau bertugas sebagai pengurus Russia & Alliance Office yang bertanggungjawab dalam bidang jualan dan pemasaran bagi pasaran Russia.

Dengan 20 tahun dalam bidang automotif, Shinnishi berharap dapat menbawa MMM maju ke hadapan dengan produk inovatif dan berdaya saing.

Pada masa yang sama, pemegang jawatannya sebelum ini iaitu Yang Won-Chul akan melapor diri di MC di Tokyo. Yang bertanggungjawab melancarkan beberapa model baharu termasuk Triton dan Outlander. Beliau juga memimpin MMM untuk mencapai jualan melebihi 100,000 unit di Malaysia.

 

Previous post

ETCM Perkenal Perakam Video Pemandua (DVR) Serba Baharu

Next post

Inikah VW Golf Generasi Ke 8 ?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *