161,553 Hadiri MotoGP Malaysia 2016
Hujan selama tiga hari berturut-turut nyata tidak menjadi penghalang buat 161,553 pengunjung yang menghadiri perlumbaan Malaysia MotoGP 2016 baru-baru ini. Catatan itu melepasi jumlah rekod tahun lepas iaitu sebanyak 150,563 orang penonton.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) iaitu Dato’ Razlan Razali, peningkatan dalam jumlah penonton merupakan satu tanda baik bagi pertumbuhan MotoGP di Malaysia.
SIC telah memperbaharui kontrak bersama Dorna untuk menjadi tuan rumah MotoGP sehingga 2021, manakala Shell kekal sebagai penaja utama perlumbaan itu sehingga 2020.
Selain dari perlumbaan sengit, pengunjung-pengunjung juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari tersebut seperti Watch The Race From The Sky dan konsert Rockaway yang menampilkan artis-artis seperti Scorpions, The Darkness dan Wings. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai cenderamata daripada 80 gerai yang disediakan.
No Comment