Insuran / Waranti / Jaminan

AIG Malaysia Insurance Taja Malaysia Autoshow 2016

AIG Malaysia Insurance Berhad bekerjasama dengan Institut Automotif Malaysia (MAI) bagi mengadakan Malaysia Autoshow yang dibuka kepada orang ramai di Pusat Pameran dan Konvensyen MINES bermula semalam.

Ini adalah kali pertama AIG Malaysia mengadakan usahasama dengan pameran auto, yang dijangka akan menarik seramai 60,000 pelawat sehingga Ahad ini. Pameran tersebut dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed.

Bertemakan “Capturing New Technologies”, pameran autoshow tersebut disertai oleh lebih dari 150 pihak terdiri dari pelbagai pengeluar kenderaan serta pembekal aksesori. Ini membolehkan pelawat membuat pilihan yang lebih bijak dengan adanya pelbagai pilihan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai rakan kongsi insurans tunggal untuk acara tersebut, tapak pameran AIG Malaysia mengambil tema pasukan ragbi New Zealand All Black yang juga merupakan rakan kongsi global syarikat itu.

Selain dari portfolio jenama insurans itu, permainan serta aktiviti-aktiviti khas juga disediakan buat pengunjung. Juga terdapat sudut di mana pelawat berpeluang mengalami tarian Haka secara maya dan penari-penari Haka yang membuat persembahan pada masa-masa tertentu.

Selain itu, gerai AIG Malaysia juga menyediakan ruang MyEg di mana pelawat boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen mereka.

 

Previous post

Petronas Syntium SE: Minyak Enjin Eksklusif untuk Proton

Next post

Alami Penjimatan Hebat Dengan Karnival Jualan Akhir Tahun Toyota

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *